Monday, May 2, 2011
ikan baung masak lemak cili padi belimbing buluh
anak buah tc pergi mengikuti trip memancing ke tasik kenyir, balik daripada kenyir dia kerumah tc menghantarkan ikan, ada baung, kelah dan ikan sungai yang lain.
ikan baung tu tc masak lemak cili padi dengan belimbing buluh,
resepinya
santan daripada sebiji kelapa - jangan cair
buah belimbing bulu
daun kesum
tumbuk/kisar :
cili padi
kunyit segar
bawang merah
belacan
satukan kesemua bahan tersebut didalam kuali, didihkan dengan api sederhana, pastikan jangan pecah minyak
tambah garam secukupnya, bila kuah dan mendidih biarkan selama 10 minit. matikan api
ikan kita dah siap dimasak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Jutaan terima kasih kepada TC kerana bersusah payah bagi lauk yang sedap ini. My wife gembira sangat. Mudah2an TC dikurniakan rahmat dan nikmat berpjgan...Amin
tak apa kamal
rezeki kamu sebenarnya
Ya kalau sudah tertulis rezeki kami..TQ
Post a Comment