Tuesday, May 17, 2011
roti arab/roti kembung
komen tc :
memang sedap roti ni,
nak dijadikan cerita, semasa menyukat bahan2 yang diperlukan tc terlepas pandang ..."menggunakan 300ml AIR SUAM", tc bancuh dengan air sejuk daripada paip, cuma yis dan gula tu tc gaul rata dengan tepung, kemudian tc masukkan majerin dan minyak, tc ramaskan kesemuanya sehingga menjadi seperti serbuk roti baru tuangkan air dan diuli...semasa menguli tu baru tc menyedari tc dah tersilap sebab tak menggunakan air suam. tc tawakal aja
siap menguli, tc masukkan adunan kedalam plastik bag dan tc simpul kemas (nampak mengelembung plastik tu) dan adunan tu tc biarkan sejam
alham dulillah ianya menjadi
disini tc tempekkan resepi asal sumbang pn sofinar yang tc copy daripada my resepi.com
ROTI ARAB - sumber my resepi - pn sofinar
Bahan-bahan
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum
Cara-cara
1.mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
2.tepung di gaul dengan yis
3.Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
4.perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
5.Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
6.Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
7.panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
8.Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wah jadilah kembungnya..sy ada buat juga tapi kembungnya sikit je, tang tepi tak kembung langsung tapi bila cecah dgn sambal tumis..wallah!!!sedap =)
kalau ikut cara tc...
1. minyaknya jangan terlalu panas.
2. minyaknya kena bnyak
3. bila kita dah masukkan adunan yang dah dicanai tu, apabila tepung tu mula timbul, ambil penyepit dan ketuk2kan perlahan2 dibahagian atas tepung tu, pasti adunan tu akan mengelembung seperti yang didalam gambar
Post a Comment