Monday, April 26, 2010

kek prune kukus

bahan2nya

250gram butter
2 cawan tepeung berserbuk penaik
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan susu pekat manis
20 biji prune dikisar - tokchik potong kecil dan kisar menggunakan pengisar kering
5 biji telur

cara2nya

putar gula, butter, susu sehingga sebati

masukkan telur satu persatu dan putar


masukkan prune yang dikisar dan gaul sebati (terlupa nak snap gambar prune kisar tu), masukkan tepung, gaul sebati


sediakan loyang pengukus, tuangkan adunan kedalam loyang, sebelum mengukus potong buah prune yang bersisa, susun diatas adunan, letak aja jangan mengada2 nak tekan2. melekat lah dia nanti....... hahahaaaaa

kukus selama 1.5 jam, ini le hasilnya


Sunday, April 25, 2010

pelam muda cicah cili dan kicap

pelam epal ni bergayutan dipokok kat rumah mak jah, orang johr cakap meluyut buahnya, melempai didahannya

"ndak ke chik" mak jah bertanya,
"boleh juga kak" malu2 kucing konon, dalam hati dah terliur, makan cicah dengan kicap, cili dan gula sedap ni.

















ini le pencecahnya....sedap, terangkat.... ooooooooooooo,........ ada yang kecur ya.... apa lagi, buat le

pekasam daging

kebelakangan ini tokchik asyik dok teringat masakan yang pernah dimasak oleh arwah bonda tercinta, apa lagi, kring.....kring..... tel wak emon..... tanya resepi le ....



teringat keenakkan daging pekasam masak lemak cili padi arwah mak.projek hari ini .... menyediakan pekasam daging. pagi2 tadi kepasar, beli sekilo daging, balik kerumah, potong ikut saiz yang sesuai, dibersihkan, dan bermulalah proses memeram daging.


selapis daging, taburan nasi sejuk, garam dan asam keping, buat le bersilih ganti sehingga selesai kesemuanya, tutp ketat2 bekas yang digunakan, lepas seminggu boleh le dimasak

pegedil daging

bahan2nya

kentang - dihiris dan digoreng

daging - direbus dan dikisar


bawang goreng - buat sendiri tau


daup sup dihiris halus

garam secukupnya
telur

cara2nya
tumbuk kentang yang telah digoreng


didalam bekas, campurkan kentang yang telah ditumbuk, daging kisar, daun sup, bawang goreng dan juga garam, gaul rata

kemudian bentukkan ikut suka,


sebelum digoreng, celupkan dahulu kedalam telur


dah siap pun.....jom makan .......... panas2 sedap nie

shooping utuk door gift



pergi mencari barang2 yang nak dijadikan cenderahati buat tetamu yang datang kemajlis persandingan ain nanti, syok berbelanja dengan herman ni.......
"ambik aja cik.......ambik aja....... kena lebih cik, tak cukup nanti"
nasib baik akauntant kita ada kat sebelah, kejap2 mengira, kejap2 membahagi.....
"bang....... 10 paket aja cukup" lembut aja suara ojie menegur, tokchik senyum aja.

Friday, April 23, 2010

pra persandingan ain dan wan 3

check list asyik bertukar aja, ada sahaja idea dan ilham yang tiba, ada aja keinginan yang menjelma...tetapi budget harus dikira juga, setekat ni ......... budjet dan mencecah rm 18 ribu.... tu tak termasuk ada beberapa pekara yang tak selesai dan siap lagi, mau jejak rm 20 ribu

tokchik sekarang ini sedang menyusun aturcara majlis persandingan ain nanti, ada pekara yang dah dipersetujui sebelum harus dirombak semula, ditokok, ditambah juga dikurangkan.

nak kena buat sessi latihan sebelum majlis berlangsung, along dan asri dah tentu kena pastikan intonasi suara mereka kena dengan gurindam dan pantun yang dah disediakan, bukan seperti membaca, lenggok dan gaya sebutan tak seperti orang bercakap, kena mendalami maksud pantun / gurindam yang dibaca.



ini pula contoh gurindam dilagukan..... tokchik nak tengok along dan asri berpantun dan bergurindam nanti


gurindam dan syair ada bezanya semasa dilagukan
good luck along dan asri

cenderahati untuk ahli rombongan pengantin lelaki nanti, degil2 tokchik ketuk aja dengan senduk kayu ni




masa menjenguk kedai barangan pengantin, terpandangkan bunga dada, belilah.... yang dah dibeli terdahulu peruntukan untuk orang lelaki, yang ini untuk kendarat perempuan ......



penakik pisau seraut
ambil galah batang senibung
seludang jadikan nyiru
yang setitis jadikan laut
yang sekepal jadikan gunung
alam terkembang jadikan guru


tetak buluh panjang suluh
mari jolok sarang penyengat
angkat doa jari sepuluh
doa minta biar selamat

kek kukus buah2an kering

tokchik ni sememangnya pengemar kek kukus - kek buah kukus...... ntah mana satu nama yang betul. semasa bekerja dijohor bahru sekitar tahun 80an dan 90an, setiap kali menjelang lebaran, tokchik pasti menempah 2 biji kek untuk dibawa balik ke kampung, masa tu kalau tak silap sebuku kek dijual pada harga rm25.00,

ntah mengapa semasa balik segamat kelmarin, dalam minda ni asyik teringat nak makan kek kukus buah2an.......mana nak cari ya........ tak ada cara lain....kena selongkar resepi...... kena buat sendiri...... yang membuatkan kek ni sedap adalah......... rasa masam2 manis buah2an yang dicampurkan dan juga kek ni tak kering, lembab2 gitu

mengagau mencari bahan2 yang diperlukan, operasi pun bermula.......

resepinya

225 gram mentega
5 biji telur gred A
400 gram gula kastor - tokchik guna gula pasir biasa, tetapi tokchik kisar guna
blender kering.

250 gram gula - dibuat gula hangus (guna kan 150ml air )

600gram tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat of soda
1 sudu teh baking powder

250gram buah2an campur (buah kering)
150 gram gula perang

cara2nya
sediakan gula hangus terlebih dahulu, tokchik gunakan kuali tak melekat, jadi proses menyediakan gula hangus tu menjadi amat mudah.


pukul mentega dan gula sampai kembang

tambahkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sampai kembang

masukkan gula perang, gaul rata, masukkan tepung yang telah diayak bersama2 dengan soda bikarbonat dan juga bakin powder..... gaul rata

masukan buah2an kering


kukus selama 2.5 jam, tutup kukus tu diikat dgn kain/tuala untuk mengelakkan wap daripada menitik diatas kek yang dikukus
ini le hasilnya........ hilang kempunan tokchik........mengidam mengalahkan orang mengandung, selagi tak dapat selagi tu tak puas hati..... hahaha

Wednesday, April 21, 2010

rezeki anak yatim

majlis persandingan ain dan wan hanya berbaki lagi 2 minggu, setakat ini persiapan yang dibuat sudah mencakupi 80%, tinggal "benda2 halus" yang perlu diselesaikan.

kad undangan sudah mula diedarkan pada minggu ini. sebagai bapa saudara dan adik kepada arwah ibu pengantin perempuan, tokchik terbabit secara langsung menguruskan persediaan dan persiapan majlis persandingan dan kendurinya. bercelaru juga nak menyediakan susun atur jadual dan juga perancangannnya

berselang 2 minggu sekali tokchik dan herman serta kak ojie (abg dan kakak ipar pengantin) turun ke segamat, banyak betul urusan yang perlu dilakukan, kesibukan yang ketara mula terasa pada pertengahan bulan march.

sebagaimana kata herman "L ada hanya seorang adik aja chik, buruk baik tu le adik L, L hanya maukan yang terbaik untuk adik". bila mendengarnya hati tokchik jadi sayu, orang lain disaat bahagia, mak ayah ada bersama untuk berkongsi kegembiraan.

kekadang tokchik merasakan seolah2 menguruskan majlis persandingan anak tokchik pula. kalau orang lain kita boleh membantu mengapa dengan darah daging sendiri kita harus berkira. bukan niat mencari nama atau minta dipuji tetapi lebih kepada rasa tanggungjawab dan rasa kasih kepada anak saudara yang dah tak beribu ini

setiap kali tokchik mencari idea merombak perancangan yang telah dibuat, seakan2 terasa kehadiran arwah kakak (hajjah rohaya) disisi, mememerhati dan juga semacam memberikan kekuatan kepada tokchik. seringkali juga airmata tokchik tumpah bila sebak dihati tak mampu dibendung. anak2 saudara yang lain masih beruntung sebab mak ayah masih disisi, boleh dijadikan dahan untuk berpayung dan bermanja.

sepekara yang membanggakan tokchik, kesepakatan sanak saudara apabila diberitau berkenaan majlis yang akan berlangsung pada 09-05-2010 nanti.

inilah respond yang tokchik dapat bila tokchik menghubungi mereka:

ucu maharani : "damak, awak nak orang bantu apa? nanti orang tempah rempeyek, boleh
kita makan sama2 kat dewan"
terima kasih ucu sebab sudi sponsor bunga pahar

mak andak aka : "cik, takkan tak ada tempat untuk kita adik beradik berkumpul? takkan
kak nani kak nani nak dtg hari langsung tu" kita kumpul adik beradik cik,
pakcik nak apa?"

dipendekkan cerita, mak andak bermurah hati menaja 300 goodies bag,
ini namanya rezeki anak yatim.

"cik....... nanti akak masak nasi dan lauk bawa dari kluang, kat penginapan nanti boleh makan sama2, akak ada tempah kuih, nanti akak bawak sekali" wak emon memaklumkan bila tokchik menghubungi.

"kring2.......kring2" ......... sapa pula menelepon ni

"cik......... angah sponsor bunga manggar dan jajan untuk budak kecik ya cik"
cikgu rozila kita pula menawarkan sumbangan.

"cik.... pakcik nak apa" ujang pula bertanya
"apa yang ujang boleh kasi dan berapa banyak" tokchik bertanya semula
"pakcik cakap aja le" jawab ujang......ini sudah baik
" okay .....pakcik nak sumi besar 500"
" beres cik....... 08/05/2010 sumi sampai" janji ujang pada tokchik

juga tak terhingga terima kasih pada mak jah (panggilan ain dan herman - adik kepada bapa mereka) kerana membenarkan tokchik bertunggutangga dirumah beliau sepanjang tokchik berulang alik kesegamat.
mukhlis yang banyak membantu, ayang, ijoy, eddy, ash.......... ini baru namanya saudara masa susah masa senang......

gambar2 kenang2an yang tokchik snap dari album, scanner tak ada.....

gaya rambut bobot semasa kecil, fesyen rambut topi keledar.... serkup topi keledar..... potong aja..hehehe





dah menikah dah sibobot...... tak lama lagi jadi ibu.....


gambar2 kenangan arwah kakak.... hajjah rohaya hj awang...alfatihah semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang mendapat keredhan sang pencipta.










HIDUP INI BUKAN PILIHAN TETAPI TAKDIR YANG HARUS DIJALANI OLEH SETIAP INSAN

Sunday, April 18, 2010

akibat kencing manis


masih ingat lagi posting tokchik terdahulu tentang rakan sekerja tokchik yang dipotong jarinya akibat kencing manis.
tokchik uploadkan gambar terkini.........

kasih ke hujung usia

kebetulan semasa pulang ke segamat tempohari, mak ngah dan pak ngah (datuk dan nenek herman/ain disebelah bapa) berada dirumah mak jah. lama tak jumnpa.

mak ngah tetap ramah seperti dahulu2, cuma agak terharu bila melihatkan keadaan2 pak ngah yang terlantar, dah bertahun2 juga keadaannya begitu.

"tak mau le cik, makngah segan, dah tua2 ni nak bergambar" itu yang terucap bila tokchik ajak bergambar, tapi topkchik paksa juga.hehehe...... bersembang dengan makngah membuatkan tokchik sebak..... teringatkan arwah mak tokchik.... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



kasih sayang isteri pada suami........ ini yang dikatakan setia kehujung usia, sehingga akhir hayat. semasa merakamkan gambar2 ini, tokchik terfikir... mengapa orang dulu2 cinta dan kasih sayangnya sampai keakhir hayat.





lagu gurindam jiwa ni seolah2 gambaran jiwa luahan hati kasih sayang pakngah dan makngah berdua

buat pakngah dan makngah ini pantun daripada tokchik

air terjun dicelahan batu
udara nyaman petang dan pagi
ksih terkumpul disudut kalbu
berpisah jangan sampai kemati

hijau nampaknya bukit barisan
puncak tanggamus dengan singgalang
terbang nyawa dari badan
kasih dihati tidakkan hilang

layang-layang disambar nuri
madu kelapa dalam tempayan
lagi tak hilang bukit puteri
tidak ku lupa kasih mu tuan

Followers