Monday, April 12, 2010

nasi beringin

tokchik mula mengenali atau tahu tentang nasi beringin ni semasa menetap dijohor bahru, sekitar penghujung 80an, masa tu ada pusat penjaja yang terletak diantara komtar dan pasar besar johor bahru (tapat city square sekarang ni)

kalau tak silap tokchik, nama gerai tu "JOE NASI BERINGIN". nasi beringin ni seakan nasi minyak dan nasi lemak......tetapi memang sedap, makan dengan kari ayam, kurma ayam/daging atau rendang....

mengikut perancangannya semasa majlis persandingan ain nanti tokchik dah merancang untuk menjamu tetamu dengan hidang nasi beringin berserta lauk ayam masak merah, kurma daging, dalca dan juga acar darat.

dah lama tak makan nasi beringin ni, jadi semasa ada kesempatan kelmarin tokchik pun masak le.

bahan2nya

2 cawan beras basmahti - sukatan air 1 cawan beras = 1.5 cawan air
1/2 biji kelapa diambil santan sebanyak 1 cawan

jika menggunakan beras basmahti, rendam beras dengan 2 cawan air sekurang2nya 30 minit (tokchik rendam selama 2 jam), bila nak memasak baru tambahkan 1 cawan santan.

nota - cawan yang tokchik gunakan untuk menyukat beras/air tu kapistinya sebanyak 275ml.

rempah penumis
1 sudu teh jintan kasar

6 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dikisar
1.5" halia - dikisar

serbuk pati ayam/daging

4 batang serai dititik
1/2 sudu teh halba

minyak sapi
garam dan sedikit gula

cara2nya

panaskan minyak sapi, tumiskan rempah penumis dan juga jintan kasar, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar, tumis sehingga garing dan wangi



tuangkan kedalam periuk yang berisi beras, masukkan serai dan juga halba, tambahkan garam secukupnya dan secubit gula serta pati ayam/daging

biarkan nasik tanak dan inilah hasilnya



nota:
untuk mendapat nasi yang cantik dan berderai jika memasak nasi minyak/nasi lemak/nasi beringin menggunakan periuk nasi letrik, jangan ditutup penutupnya sehingga kering airnya,bila air sudah kering barulah ditutup penutupnya, insyallah nasi akan lebih cantik dan berderai

4 comments:

Jun said...

tq share resipi ni...dah buat mlm tadi..sedap...

tok_chik said...

assalam jun
alhamdulillah
jikalau ianya menjadi
untuk tc...nasi beringin ni amat sedap jika dimakan dgn rendamg palembang atau kurma daging

rasanya ...nasi beringin ni hnya ada dijohor

fadzil said...

Ada shbat cdangkn pd sya try jual nasi ni..sya mmg x pnah mkn n tgok..
Dia kata warna cam khijauan ckit..
Lauk rendang.telor pindang darat n acar timun

tok_chik said...

nasi beringin ni lebih kurang macam nasi lemak + nasi minyak.

saya tak pernh jumpa yang berwarna kehijauan

Followers