Wednesday, April 7, 2010

SEMUANYA DIA TAHU

Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan
seorang saksi utama seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama
untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.
Peguamcara : Makcik Fatima, makcik kenal siapa saya?
Makcik Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil lagi.
Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang kawan-kawan kamu. Aku juga
tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar dan aku berasa amat
kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama
sekali tidak berasas dan benar.
Peguamcara tersebut terpegun lain yang di tanya .. lain pula jawapan
yang diterima.Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan
selambanya,. .
Peguamcara : Makcik Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi, peguambela?
Makcik Fatima : Oh ya, tentu saja. Bahkan ibunya dulu sering
meninggalkannya bersamaku waktu dia masih kecil. Tak jauh beza dengan
kamu, Hadi juga mengecewakan. Dia pemalas, suka menggoda perempuan dan
hidupnya seolah-olah tanpa tujuan..
Habis sahaja Makcik Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan
peguambela untuk menghampirinya. ..
"Jika kamu berdua menanyakan kepadanya adakah ia kenal denganku.., kamu
berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina mahkamah...,"
kata hakim.

No comments:

Followers