Wednesday, April 7, 2010

Sarapan Pagi Istimewa

Seorang lelaki melihat sebuah papan tanda di sebuah restaurant yang
bertuliskan "SARAPAN PAGI ISTIMEWA", dan lelaki tersebut tertarik dan
memasuki restaurant tersebut. Pelayan membawakan minuman dan bertanya
kepada lelaki tersebut, apa yang akan dipesan. Lelaki tersebut bertanya
dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut "Apa SARAPAN PAGI
ISTIMEWA hari ini?
"Lidah ayam bakar", pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga!
"Lidah ayam bakar?? Lidah ayam bakar! Tidakkah kamu tahu bahawa hal itu
sangat menjijikkan? Saya tidak akan sesekali makan apapun yang keluar
dari mulut seekor ayam!" kata lelaki tersebut.
Kemudian pelayan tersebut bertanya "Kalau begitu encik mahu sarapan apa?
"Bawakan saya telur rebus!" jawab lelaki tersebut. "Itukan dari 'bontot''
ayam!" jawab pelayan dengan selamba.

No comments:

Followers