Friday, April 20, 2012
apam air krim soda
membelek majalah lama tc tertarik kepada gambar apam aiskrim soda yang tersiar dimajalah rasa april 2009, kebetulan bahan2 yang diperlukan ada maka tc pun merajinkan diri membuatnya. makan panas2 sememangnya sedap.
ini resepinya
bahan A (diputar sehingga kembang) :
3 biji telur
220 gram gula - tc kisar dulu menggunakan blender kering
1 sudu teh ovellete
bahan B
200gram gula
150ml air krim soda
pewarna merah
cara2nya:
putar telur, gula dan ovellet sehingga kembang dan gebu (seperti nak membuat bauhulu). tc guna mixer dengan kelajuan no 5 dan masa memutarnya sekitar 10 minit sahaja.
campurkan tepung kedalam adunan telur yang telah kembang, gaul rata
kemudian tuangkan air krim soda dan gaul sebati
bahagikan adunan kepda 2 bahagian (+/- 400 gram setiap bahagian) sebahagian dibiarkan kosong dan sebahagian lagi diwarnakan
masukkan kedalam "paiping bag" dan picitkan kedalam acuan berselang seli warnanya
kukus selama 15 minit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
wowwww...cantiknya warna apam tu...selera jer nengoknya..tu baru tgk..belum rasa lgi..ahakss..
petang ni jugaa saya cuba ...
betul...warna memainkan peranan merangsang selera
chitt att...
mudah menyediakannya dan sememangnya sedap (pada tekak tc le)
cuma pastikan telur tu dah betul2 kembang
X pyh pkai ovallete boleh ke tokchik
taka pasti pulak hasilnya jika tidak menggunakan ovellete
sebb ovelette tu berfungsi sebagai pelembut rassanya
Post a Comment