Tuesday, April 24, 2012

sambal tumis pati santan daun kunyit


tc masih ingat semasa kecil dulu arwah bonda tc selalu buat sambal ni. ketika itu bonda kebiasannya menanak santan untuk dibuat minyak. minyak hasil daripada santan yang ditanak tu digunakan sebagai minyak rambut bonda, kebiasaannya bonda letakkan bunga melur dan hirisan daun pandan dalam minyak yang dah sejuk tu, minyak tanak ni bila dah lama akan ada bau tengik...hehehehehe

kebiasaannya akan ada "tahi minyak" dan tc amat suka makan "tahi minyak" ni sebab rasanya yang lemak2 tu, bonda akan buatkan sambal tumis dan selalunya menggunakan ikan bilis tamban, bila lada dah garing, masukkan ikan bilis dan bawang hiris serta hirisan daun kunyit, garam gula secukupnya maka bonda akan masukkan "tahi minyak" digaul sebati.

tc pula buat versi yang mudah sedikit, dah tumis kan lada dan belaccan sehingga garing, masukn bawang, air asam jawa/asam keping,ikan bilis, garam gula secukupnya makan tc masukkan santan pekat dan didihkan sehingga pekat
satu lagi versi seperti membuat rendang, campurkan lada kisar, ikan bilis, bawang hiris, belacan, asam keping/asam jawa, didihkan sehingga pekat. tambahkan garam, gula dan daun kunyit

kali ni tc tambahkan telur rebus ketika sambal mula memekat, makan dgn nasi panas, ada pula ikan pekasam...sedapnya

No comments:

Followers