Tuesday, May 31, 2011

pisang rebus kelapa manis



ni merupakan makan orang kampung diwaktu pagi atau petang, teringat zaman kanak2 sewaktu musim hujan, perut sentiasa lapar, ini merupakan antara makanan yang disajikan arwah bonda buat mengisi perut yang lapar

pisang direbus...sedap pisang nagka atau pisang nipah
gaulkan parutan kelapa dengan gula dan secubit garam
sedap kalau pekena dengan kopi o pekat

sambal tumis tahi minyak daun kunyit



bahan2 yang diperlukan:
tahi minyak (bahan sampingan yang terhasil semasa santan ditanak untuk mendapatkan minyak)
ikan bilis
daun kunyit - dimayang halus

kisarkan bersama:
lada kering
bawang merah
belacan
perahan air asam jawa

menggunakan minyak daripada santan yang ditanak tadi, tumis bahan kisar sehingga garing
masukkan "tahi minyak", gaul rata
kemudian masukkan daun kunyit, gaul rata
tambah garam, gula secukupnya

tahi minyak



sewaktu zaman kanak2, kalau dikampung tc tu, arwah bonda rajin menanak santan untuk mendapatkan minyaknya, minyak yang ditanak tu akan dicamnpurkan dengan daun pandan dan bunga melur dan disimpan didalam botol, minyak tu yang arwah bonda gunakan untuk disapu dirambutnya...cuma bila dah lama2 minyak ni akan berbau tengik.
minyak kelapa tanak ni kalau digunakan untuk menggoreng nasi atau ikan .........fulamak........harumnya
yang pasti apabila menanak santan untuk mendapatkan minyaknya pasti akan bahan sampingan yang terhasil..."tahi minyak",
tahi minyak ni sedap dibuat sambal tumis......

Sunday, May 29, 2011

talam sagu berlapis



ternampak diblog cute oven small kitchen........macam best aja...ada kesempat hujung minggu ni.....tc mencubanya
sememangnya sedap, jadi tc minta izin dengan pemilik resepi ini untuk dipaparkan disini

TALAM SAGU BERLAPIS (1/2 adunan)
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Sumber : Izah Muffin Lover
Resepi Asal Oleh : Kak Wan (Resipi Citarasawan)

Bahan-bahan :
• 50 gm sagu

Bahan A
• 115 gm tepung beras
• 50 gm tepung ubi / tepung sagu
• 200 ml santan pekat
• 175 ml air

Bahan B
• 160 gm gula
• 150 ml air
• 3 helai daun pandan



Cara-cara :
1. Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
2. Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
3. Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
(cara mudah daripada tc, satukan bahan A dan B, kita blender aja)

4. Ketepikan 250ml adunan untuk lapisan atas,masukkan pewarna hijau dan pandan emulco. Ketepikan.
5. Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
6. Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
7. Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
8. Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.

ikan masak asam



sebenarnya tc tak tau nak letak nama apa masakkan ni, sebab ada guna kan asam jawa, letak aja lah namanya ikan masak asam.
sewaktu bekerja dijohor dahulu ada seorang pekerja yang kalau bawa masakkan ni diberinya nama....lauk ikan "MAK MASAK ANAK MENANGIS", bila ditanya mengapa nama tersebut diberikan, alasannya.... penyediaan lauk ni secara express ...sesuai bagi ibu2 yang ada anak kecil, main campak2 ja.siap

bahan2 yang diperlukan:
ikan - digoreng terlebih dahulu
tomotao - dipotong dadu
belacan
perahan air asam jawa


hiriskan :
halia
bawang berah
bawang puteh
cili padi atau cili merah


panaskan minyak
gorengkan belacan - angkat
tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu
mnasukkan belacan yang dah digoreng
masukkan perahan air asam jawa...didihkan seketika
masukkan tomato yang didadu
gaul rata
masukkan ikan ......gaul rata
matikkan api dan angkat

tumis air soon tauhu kering kentang



hiriskan:
bawang merah
bawang puteh

sediakan:
tauhu kering / fucuk - rendam kasi lembut
soon - direndam
kentang didadu
lobak merah - dihiris ikut suka
sawi

tumiskan bawang merah dan bawang puteh yang dimayang sehinnga kekuninggan, masukkan air secukupnya, masukkan kentang dan lobak merah, didihkan sehingga kentang empuk
masukkan tauhu kering...didihkan anggaran 4 minit
masukkan sawi dan soon, tambah garam secukupnya, matikan api bila sawi kelihatan layu

cara mudah menyagat bawang



bawang goreng yang dibuat sendiri sememangnya lebih sedap, lebih menjimatkan, cuma nak menyagatnya bukan kerja yang senang, silap sagat terluka jari
ini inovasi tc, sebab penyagatnya jenis yang biasa2 aja, jadi tc gunakan alat yang biasa orang gunakan untuk membuang sisik ikan sebagai perantara.
tekankan alatan tersebut pada bawang dan mulakan menyagat,

Wednesday, May 25, 2011

apple strudel


terpandang diblog seripayaku.com, gambarnya menggoda pandangan membangkitkan keinginan untuk mencuba, terima kasih kerana berkongsikan resepi yang sedap ni. tc gunakan puff pasrty jenama kawan yang saiz kecil, terdapat 10 keping dalam bungkusan tu.
untuk intinya tc gunakan(cukup2 untuk 10 keping kulit pastry):
4 biji epal merah (dibuang kulit dan didadu)
4 sudu besar gula merah (jenis yang berderai mcm gula perang cuma lebih gelap)
1 sudu butter
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 cawan kismis kuning


cairkan butter, kemudian masukkan epal, gula mnerah, serbuk kayu manis dan kismis, gaul rata dan masak sehingga epal layu, matikan api dan sejukkan

letakkn inti yang dah sejuk keatas pastry, rapatkan tepinya, kelarkan sedikit dibahagian atas dan sapukan telur diatas pastry
panaskan oven dengan suhu 175celcius, bakar selama 40-45 minit


dah pun siap, harum aja baunya,

Tuesday, May 24, 2011

nasik lemak hijau



semasa menonton rancang AFC - asia food chanel beberapa ketika dahulu, seorang peniaga disingapura menjual nasi lemak warna hijau, dalam hati berkata "macam best aja"
baru sekrang ni ada kesempatan nak menyediaknnya, seperti kebiasaan kita memasak nai lemak, cuma tc blenderkan daun pandan, kemudian letakkan sedikit pandan emulco. aromanya lebih kuat.
tc buatkan sambal, sediakan ayam goreng berempah, telur rebus dan timun,

mee goreng



bahan2 diperlukan
mee kuning
sawi
tauge
daging yang telah direbus
sos tomato
sos cili

kisarkan :
lada kering
bawang merah
bawang puteh

panaskan minyak
tumiskan bahan kisar sehingga garing
masukkan daging dan sedikit air rebusannya, garam secukupnya, gaul rata
masukkan mee, tuangkan sos tomato dan sos cili, gaul rata
masukkan sawi, gaul rata
masukkan tauge, gaul rata dan matikan api.. tc suka kalau taugenya masih terasa rangup ketika dimakan

lempeng kelapa dalca



dulu2 kalau dikampung, nak buat lempeng kelapa, kebiasaannya tc akan mengait kelapa yang belum terlalu tua atau lebih dikenali dengan nama kelapa kemantan, diparut dan dicampurkan dengan tepung, kemudian dimasak, makan panas2 dengan sambal
sekarang ni pilihan yang ada hanyalah kelapa tua yang ada terjual dikedai.
sesekali makan lempeng kelapa....terasa nikmatnya, tambahan kalau dimasak sedikit garing, kali ni tc cicah dengan kuah dal.....memang sedap

sayur bening pucuk manis



bahan2 yang diperlukan:
pucuk manis
keledek
ikan bilis
sedikit belacan
bawang merah - dihiris

masukkan air kedalam periuk, masukkan keledek yang telah dipotong, belacan, ikan bilis dan juga bawang
didihkan sehingga keledek empuk
masukkan pucuk manis, didihkan sekitar 4 - 5 minit untuk melayukan sayuran, tambah garam secukupnya

keladi telur aka "keladi birah"



ada yang memanggilnya dengan nama keladi sarawak tetapi kalau dikampung tc ianya dipanggil keladi telur atau "keladi birah"
sedap direbus dan dimakan dengan kelapa parut yang digaul gula, juga sedap dibuat pengat tetapi kenangan terindah tc bersama arwah bonda...keladi birah ni ni dimasak lemak kuning dan dicampurkan dengan daum kesum.....wangi aja baunya

bronok aka kueh sagu biji



semasa tc kecil2 dahulu, arwah bonda dan kakak sulung tc, puan maimon sering menyediakan kueh ni, cara mereka mudah, dikacau didalam kuali kemudian disejukkan, bila dah sejuk dipotong dan digaulkan dengan kelapa parut yang dah bercampur garam.
dikampung tc, kueh ni dikenali dengan nama "BRONOK"....

penyediaannya mudah, bahan2 yang diperlukan :

1-1/2 cawan sagu. (dibasuh dan ditoskan)
3 cawan santan cair
1 cawan gula
secubit garam
pewarana ikut suka (tc gunakan warna kuning oren...selalu orang guna warna merah)
kelapa parut yang bercampur garam

masukkan santan cair, gula dan secubit garam kedalam kuali, panaskan, kemudian masukkan sago, kacau rata sehingga sagu menjadi pekat
tuangkan kedalam loyang dan kukus selama 30 minit
sejukkan terlebih dahulubaru lah dipotong
gaulkan dengan kelapa parut

Monday, May 23, 2011

patin gulai tempoyak



bahan2nya
daun kesum
asam keping/buah belimbing buluh
tempoyak

kisarkan:
cili padi / cili merah
bawang merah
kunyit seegar
belacan

masukkan ikan kedalam periuk
tuangkan bahan kisar
masukkan daun kesum, tempoyak dan asam keping/buah belimbing buluh
didihkan dengan api sederhana sehingga ikan masak
tambahkan garam secukupnya

talam sagu



resepi asal tc lupa daripada blog mana, tapi yang tc ingat, pemiliknya membahasakan dirinya sebagai "KAK ROS"
terima kasih kak ros, sedap talam sagu ni


bahan2
2 cawan santan cair
1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
3/4 cawan gula
garam secukup rasa
pewarna merah secukupnya
Cara membuatnya :
1.Sapu acuan dengan minyak dahulu.
2.masak dulu dalam kuali dengan mengacau hingga sagu pekat (santan dah menyerap kesemuanya kedalam sagu)
3.Tuangkan ke dalam loyang/acuan dan kukus selama 20 min. (jika acuan kecil 15 minit cukup)
4.Letak adunan lapisan atas. (dapat dalam 22 biji kalau ikut acuan tc, sbb tc isi bnyak sagunya ...3/4 )



Bahan untuk lapisan atas :
2 cawan santan pekat
3/4 cawan tepung beras (kurangkan sikit)
2 sudu besar tepung jagung
garam secukupnya

tc blender kesemuanya, lepas tu sendukkan aja atas sagu yang dah dikukus

Cara kak ros membuatnya :
1.Gaul semua bahan supaya rata.
2.Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
3.Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
4.Kukus lagi selama 20 minit. Saya kukus 15 minit je sebab guna acuan kecik.

Friday, May 20, 2011

kacang panjang goreng pedas



bahan2nya

kacang panjang - dihiris menyerong

kisarkan:
cili padi / cili merah
bawang merah
bawang puteh
ikan bilis/udang kering
belacan

tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan garing
masukkan sedikit air dan kacang panjang yang telah dihiris
tambahkan garam secukupnya dan secubit gula
gaul rata,

asam rebus ikan selar papan



bahan2nya
ikan selar papan - ikan lain pun boleh
asam keping secukupnya (bergantung pada saiz masakan)
daun kesum


kisarkan:

lada merah
bawang merah
kunyit segar
belacan

didalam periuk, masukkan ikan, asam keping dan daun kesum
tuangkan bahan kisar
didihkan sehingga ikan masak
tambahkan garam secukupnya

pulut serunding gulung



tanakkan pulut
sediakan serunding kelapa
apabila pulut dah masak, sendukkan pulut, ratakan diatas plastik, letakkan serunding diatasnya, gulungkan pulut berkenaan. kalau ada lapik seperti yang digunakan dalam proses pembuatan sushi lagi mudah nak membentuknya
potong dan hidangkan

Wednesday, May 18, 2011

capati



resepi capati tc:
2 cawan tepung atta
3/4 cawan air
2 sudu makan minyak sapi/ majerin
garam secukupnya

1. gaulkan garam dengan air, rasa kemasinannya
2. campurkan tepung dan minyak sapi/majerin, ramas sehingga sebati
3. tuangkan air, bancuh sehingga sekata dan uli sehingga sebati
4. ketepikan adunan (tutup dengan tuala basah) selam lebih kurang sejam
5. ambil tepung sebesar telur ayam, canai nipis anggaran 3mm
6. tc gunakan kuali tak melekat untuk memasak capati ni
7. sebagai pelengkapnya...capati ni tc makan dengan kari daging dan kuah dal tumis darat

Tuesday, May 17, 2011

roti arab/roti kembung


komen tc :
memang sedap roti ni,
nak dijadikan cerita, semasa menyukat bahan2 yang diperlukan tc terlepas pandang ..."menggunakan 300ml AIR SUAM", tc bancuh dengan air sejuk daripada paip, cuma yis dan gula tu tc gaul rata dengan tepung, kemudian tc masukkan majerin dan minyak, tc ramaskan kesemuanya sehingga menjadi seperti serbuk roti baru tuangkan air dan diuli...semasa menguli tu baru tc menyedari tc dah tersilap sebab tak menggunakan air suam. tc tawakal aja
siap menguli, tc masukkan adunan kedalam plastik bag dan tc simpul kemas (nampak mengelembung plastik tu) dan adunan tu tc biarkan sejam
alham dulillah ianya menjadi
disini tc tempekkan resepi asal sumbang pn sofinar yang tc copy daripada my resepi.com

ROTI ARAB - sumber my resepi - pn sofinar

Bahan-bahan

2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum
Cara-cara
1.mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
2.tepung di gaul dengan yis
3.Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
4.perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
5.Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
6.Canai nipis lebih kurang 0.4 cm

7.panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.




8.Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

Thursday, May 12, 2011

african marble cake



sedap...lembut aja keknya
tc sertakan resepinya...terima kasih kepada pemilik asal resepi ni

African Marble Cake
Sumber: Roshayati Johari

Bahan-bahan:
250 g Tepung naik sendiri
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit
1 camca besar ovellate
1 camca teh baking powder
2 camca besar susu pekat
50 g air
175 g butter - dicairkan
coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari



Cara-caranya:

1. Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.

2. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.

3. Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak.

4. Bakar. (Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ini akan naik double) Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.

5. Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas itu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut

Sunday, May 8, 2011

kek alunan kasih




credit kepada pemilik blog teratak impian untuk kek yang sedap ni, cuma tc buat tak secantik beliau
minta izin copy and paste ya puan


Bahan:
5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta atau 250g butter
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder - 1 sudu teh)- tc guna tepung naik sendiri
2 cwn gula halus (tc guna 1 3/4 cwn je)
½ cwn susu cair
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.
Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..
masukan adunan pertama..ratakan dlm loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua.ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..180 Degree ikut oven masing2…

asam pedas selar papan campur terung



lama tak masak asam pedas, kali ni tc gunakan ikan selar papan, campurkan dengan terung, letak daun kesum banyak2....terbaikkkkk

mymydin - semuanya lingkup


kedai serbanika mymydin baru dibuka kat tempat tinggal tc, menyinggah kesitu sebab nak beli penyegar udara, dah pilih mana yang berkenan, bayar dan bawa pulang, sampai dirumah, masukkan bateri,
"alamak.........tak berfungsi le"
" aduh.........nak kena kedai semula buat pertukaran ni"



nak tau apa yang jadi.... kesemua penyegar udara yanga da dirak tu TAK BERFUNGSI.
tapi tc tabik kat pekerja yang ada, mereka melayan tc dengan ramah dan berulang kali meminta maaf.
takkan tc nak marahkan mereka sebab kesalahan tu bukan disebabkan oleh mereka, nasib baik kedai tu dekat dengan rumah, pesan tc, jikalau membeli barang yang sebegini, cuba dahulu sebelum dibawa pulang kerumah, kalau tak satu kerja pula nak menukarnya semula.

cucur badak


baki keledek yang ada didapur tc adunkan untuk membuat kueh cucur badak.
sama macam proses membuat kueh keria cuma perlu sediakan inti serunding kelapa

dah siap diadun, dibentukkan diletakkan intinya, sebahagiannya tc goreng seketika sebab nak disimpan secara sejuk beku.



pengalaman yang lepas,kueh yang disimpan secara sejuk beku tanpa digoreng terlebih dahulu, apabila dikeluarkan daripada peti sejuk dan dah "dinyah bekukan" kulitnya jadi lembik benyek....menjejaskan kualiti kueh yang disimpan

Friday, May 6, 2011

kueh keria


dah seminggu keledek yang dibawa oleh along sewaktu datang bertamu terbiar didapur.
kalau dibiarkan ...alamatnya masuk tong sampah....gagahkan diri juga merebus dan melenyeknya. memula teringin nak buat cucur badak, tetapi malas bebenar nak membuat intinya, so tukar plan buat kueh keria

nak memudahkan kerja, tc canai rata, kemudian terap dengan acuan donat...nampak seragam dan cepat kerjanya, cuma kalau ikut cara biasa lebih molek.

tc goreng kueh2 yang dah siap tu anggaran 1 - 1.5 minit, nak kasi "layu" aja, sebab nak disimpan secara "sejuk beku", jadi bila nak makan senang hnya perlu "defrost", goreng semula

pagi ni tc goreng sebahagian, disirakan,boleh le dibawa bekal ketempat kerja
(gambar diatas ni menggunakan cetakkan tangan..hehehe...)

sambal belacan tomato



3 batang cili merah
6 biji cili padi
belacan sebesar ibu jari
4 ulas bawang merah
1 biji tomato yang besar

goreng kesemua bahan diatas sehingga layu
campurkan kesemuanya,tambahkan garam secukupnya dan secubit gula
tumbuk lumat


nota:
tc guna kan pengisar kering aja sebab malas nak menumbuk,
memula kisarkan lada, bawang belacan, garam dan gula
bila dah hancur, baru masukkan tomato yang dah dipotong..kisar lumat

Tuesday, May 3, 2011

kek baldu merah/red valvet cake




resepinya tc dapatkan daripada www.cari.com.my...terma kasih kepada penyumbang resepi ni,minta izin nak ditempekkan disini...senang cerita nak copy and paste aja
kek ni sedap... lembut


Bahan-bahan ( 1 biji )
• Kek (Sila guna penyukat khas)
• 2 1/2 cup tepung kek
• 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
• 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
• 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
• 1/2 cup butter
• 1 1/2 cup gula
• 2 biji telur pada suhu bilik
• 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
• 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
• 1 sudu kecil cuka putih
• 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda

• Buttermilk
• 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
• sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon

• Cream cheese frosting
• 2 buku cream cheese, dilembutkan
• 1/2 cup butter dilembutkan
• 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
• 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup


Cara-cara
1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.


2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.

3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.

4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.

5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.

6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.

7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.

8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.

9. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.

10. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.

11. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.

12. TEPUNG KEK: 1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.

stevia aka pokok gula



menyinggah ke tapak semaian, mencari stevia atau pokok gula, sebelum membelinya tc ambil sehelai daunnya, kesipkan dibibir, memang terasa kemanisannya
beli sepasu..rm 7
bawa balik kerumah, tc semai semula kepasu lain, harap2 ianya subur

Monday, May 2, 2011

terung pipit



masa kecil2 dulu arwah bonda selalu masukkan terung ni dalam sardin yang dimasak sambal atau pun kedalam sambal tumis, kami adik beradik memanggilnya sebagai kacang peas malaysia, ada ketikanya terung ni dimakan mentah sebagai ulam.
ada yang menyatakan tak menyukai bau terung ni...

ikan baung masak lemak cili padi belimbing buluh


anak buah tc pergi mengikuti trip memancing ke tasik kenyir, balik daripada kenyir dia kerumah tc menghantarkan ikan, ada baung, kelah dan ikan sungai yang lain.



ikan baung tu tc masak lemak cili padi dengan belimbing buluh,
resepinya
santan daripada sebiji kelapa - jangan cair

buah belimbing bulu
daun kesum

tumbuk/kisar :
cili padi
kunyit segar
bawang merah
belacan

satukan kesemua bahan tersebut didalam kuali, didihkan dengan api sederhana, pastikan jangan pecah minyak
tambah garam secukupnya, bila kuah dan mendidih biarkan selama 10 minit. matikan api

ikan kita dah siap dimasak

pokok jarak




gambar ni tc dapatkan daripada internet, kepada pemilik asal gambar berkenaan, tc minta izin untuk disiarkan disini
dulu2 sewaktu kecil ditepi rumah tc ada terdapat pokok jarak ni. kekadang tu ditepi2 jalan ada terdapat tumbuhan ini ditanam, cuma tak ramai antara kita yng menyedari kegunaannya

pokok apakah ini



keratan batang pokok ni diberikan oleh en kamal. menurut kata beliau, orang yang memberikan pokok ini kepada beliau menerangkan bahawa daun pokok ini bagus untuk kesihatan lelaki
cuma beliau tak mengetahui apakah nama pokok ini dah kegunaan lain selain daripada yang dah dijelaskan tadi.
andai ada sesiapa yang mengetahu nama tumbuhan ini tc amat berbesar hati jika individu berkenaan dapat menjelaskan kepada tc dan kita semua

Followers