Monday, October 22, 2012

cara mudah menyiang nangka

nangka ni sedap kalau dibuat rendang/masak lemak/mask kari tetapi yang menyulitkan adalah untuk mengupasnya sebab bergetah.
cara tc mengupas nangka, tc sapukan minyak masak pada tangan dan pisau yang hendak digunakan, kemudian tc bukakan paip dan mula mengupas nangka dibawah air yang mengalir, insyaallah getah nangka tu tak melekat kerana dah dihanyutkan oleh air kalau ada pun yang tersangkut sedikit sahaja.

kalau ada yang melekat dipisau, mudah aja nak membuangnya, layurkan pisau tu didapur gas, lepas tu basuh.


2 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam tokcik..
saya pun buat yang sama jugak kalau nak kopek nangka muda.. tp itu dululah masa kat kampong.. skrg dok kat bandar ni nangka muda yg dijual dah siap bersiang & berkupas... hehe...

tok_chik said...

assalam madiha
sebenarnya tc diberikan sebiji nagka muda, mau tak mau kena le kupas sendiri
cara ni memang membantu sebenarnya kan madiha

Followers