Wednesday, December 29, 2010

gulai cili padi daging salai berperia



bahan2
daging salai

cili padi
bawang merah
kunyit segar
santan
serai
garam secukupnya
asam keping

peria...diptong besar2

cara2nya
kisar cili padi, bawang merah
satukan bahan kisar, serai, santan, daging salai kedalam periuk
didihkan dengan api sederhana, apabila kuah sudah mendidih, baru masukkan peria, masak sehingga peria empok,
tambah garam secukupnya, matikan api

Monday, December 27, 2010

ayam panggang tokchik



kisarkan sehingga halus

cili kering
serai
bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
ketumbar
jintan

tambahkan
garam
gula merah
sesudu makan butter


lumurkan ayam (anggaran 1.3kg seekor )dengan bahan yang dikisar tadi
masukkan kedalam beg plastik, perapkan beberapa jam baru lah dipanggang

panaskan oven - suhu 200 celcius, panggang ayam selama 60 - 90 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya

sedap dimakan dengan nasi ayam, nasi minyak, diratah begitu sahaja pun sedap

sayur cendawan kukur aka cendawan batang getah


cendawan kukur atau dikenali juga dengan nama cendawan pokok getah, sebab cendawan ni kebiasaannya tumbuh dipohon getah yang dah mati
bertahun tc tak menjamah sayur ni, dulu2 masa kecil2 ini merupakan sayur kegemaran tc adik beradik,


memang sedap, cuma agak leceh sebab nak membuangkan "kakinya", dimana terdapat sisa kulit pokok getah yang melekat.

bahan2 untuk memasaknya mudah, kita hanya perlukan:
santan
ikan bilis
bawang merah
belacan
daun kunyit
garam secukupnya

satukan kesemua bahan diatas kedalam periuk, masak dengan api yang sederhana supaya tak pecah santan/pecah minyak, biarkan santan dan cendawan menyatu rasanya
sedap dimakan dengan sambal belacan dan ikan masin / ikan pekasam

Saturday, December 25, 2010

talam suji mat gebu


dulu pernah sekali mencuba, ambik resepi di internet........ hampeh......... tak menjadi, belek2 blog cik mat gebu, ternampak dia post N3 pasal talam suji, tc pun bernaikan diri mencuba...alhamdulillah.menjadi
ni nak ucapkan terima kasih pada cik mat gebu
so tc namakan kuih ni talam suji mat gebu...... mat gebu selalu kata dia suka menderhaka pada resepi.....tc pun buat benda yang sama.menderhakan kat resepi asal yang mat gebu catatkan
ni kueh yang tokchik masak menggunakan resepi cik mat gebu

TC...COPY DAN PASTE RESEPI NI DARI BLOG CIKMAT GEBU
LAPISAN BAWAH :-)
90 gram sugee @ semolina*
225 ml air*(*disatukan dan rendam 30 minit)
110 gram gula halus (mat letak 100 gram)
1 biji telur
100 ml santan pekat
125 ml air
Beberapa titik pewarna kuning
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)

BAHAN LAPISAN ATAS :-)
150 gram gula melaka, potong kecil*
25 gram gula pasir*
250 ml air*
1 helai daun pandan*(*disatukan dan masak hingga gula larut, sejukkan)
75 gram tepung gandum
1 1/2 biji telur (mat letak 1 biji + 1 kuning telur)
125 ml pati santan
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Panaskan kukusan. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 2 1/2 inci dengan plastik bersih. Ketepikan.
2.UNTUK LAPISAN BAWAH :- Satukan semua bahan2 lapisan bawah kecuali sugee, kacau hingga gula larut dan tapis adunan tadi. Masukkan sugee, kacau rata dan tuang dalam periuk, masak atas api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan kental. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan kukus 25 minit pada api sederhana, tutup permukaan tin dengan aluminium foil atau tudung periuk masa mengukus.

3.UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan bawah, kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tapis dan masukkan ke dalam periuk, masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat. Matikan api. Berhati2 tuang atas lapisan sugee tadi (gunakan kaedah menuang bancuhan ke dalam senduk yang di letak atas lapisan sugee, ini bertujuan mengelakkan lapisan bawah tercedera), tutup kembali permukaan tin dan kukus 30 minit pada api sederhana. Bila masak biar betul2 sejuk sebelum dipotong....Selamat mencuba.

pucuk manis masak air campur keledek



pucuk manis masak air campur keledek, ada ikan masin, sambal belacan ke, sambal tempoyak ke, ulam petai/jering............berselera makan

Tuesday, December 21, 2010

sambal belacan bacang





bahan2
buah bacang - dikupas dan diracik

tumbukkan :
cili merah + cili padi (untuk lebih pedas)
belacan yang telah dibakar
garam dan sedikit gula

apabila cili yang ditumbuk dah lumat, masukkan bacang yang telah diracik/cincang, tumbukkan bacang tersebut sekadar untuk menjadikan ianya sebati dengan lada

paceri terung



bahan2
terung panjang - dibelah dua (rendam dalam air untuk menggelakkan terung menjadi lebam)- kebiasannya tc goreng terung terlebih dahulu


perencahnya
setangkai daun kari
rempah penumis
rempah kari

air asam jawa
santan
gula dan garam secukupnya
kerisik

bahan kisar
udang kering / ikan bilis
bawang merah
bawang putih
halia

cara2nya
panaskan minyak
masukkan rempah penumis, daun kari, gaul rata, kemudian masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan santan cair / air, gaul rata..biarkan sehingga pecah minyak

masukkan terung, juga santan (disebabkan terung telah digoreng , hanya gunakan santan pekat sahaja), gaul seketika
masukkan kerisik, garam dan gula secukupnya
biarkan kuahnya agak pekat baru dimatikan api

Sunday, December 19, 2010

acar darat / jelantah/jelatah



nenas
timun
cili merah dan hijau
bawang merah

semunya dihiris kemudia dicampurkan sekali didalam bekas, ditambah garam dan gula

Saturday, December 18, 2010

nasi goreng kicap



bahan2nya
nasi (tc suka gunakan nasi yang ditanak semalam)
bawang merah, bawang putih - dimayang
kacang panjang - dimayang
ikan bilis - digoreng garing

kicap pekat (tc gunakan kicap mee jenama tamin)
boleh juga gunakan kicap cair

cara2nya
tumiskan bawang dan lada sehingga layu,
masukkan nasi, gaul rata,
tuangan kicap secukupnya, gaul rata,
masukkan ikan bilis dan kacang yang dimayang
gaul seketika, matikan api, sedia untuk dijamah

mee hoon taucu



sediakan

mee hoon - celur dulu
taucu - dibasuh untuk mengurangkan kemasinan
tauhu - dipotong kecil - digoreng
kucai - dihiris
udang - beli udang yg kecil2 dan berkulit lembut tu
tauge

bawang merah dan bawang putih dimayang
cili dimayang

caranya
panaskan minyak, tumiskan bawang yang dimayang berserta cili sehingga layu, kemudian masukkan udang, goreng seketika, masukkan mee hoon,taucu gaul rata, tambah kan kucai goreng sehingga semuanya sebati
masukan tauge, gaul rata, pastikan tauge tidak lecur, sekadar layu sahaja
matikan api

ikan sungai goreng



ikan sungai yang segar, dijala dan dipancing oleh herman dan juga ujang, digoreng garing2 .........sedapppppp...terasa kemanisannya

bingka ubi kayu


balik daripada kluang, tc dibekalkan dengan ubi kayu, tekak ni tetiba teringin nak makan binga ubi kayu, nak yang lembut, yang terasa ubinya, kalau yg orang berjualan tu keras sangat

tokchik kisar ubi tu, toskan, kemudian sagu tang mendap tu tokchik ambik dan gaulkan dengan ubi yang diparut


tambahkan gula merah, gula pasir secukupnya, tuang santan pekat, serta secubit garam, tepung gandum secukupnya (adunan ni agak cair, tepung anggaran 3 senduk kecil untuk adunan yang tc buat) serta 2 biji telur dan esen vanilla, gaul rata


tuang kedalam adunan berlubang tengah, bakar diatas dapur gas selam sejam dengan api kecil

setelah masak, sejukkan terlebih dahulu baru dipotong -

sambal goreng tempe hati pedal



tc tak tau apa nama sebenarnya masakan ni, jadi tc berikan aja nama sebagaimana diatas

bahan2
kacang panjang - dihiris memanjang
tempe - dihiris nipis digoreng
tauhu kering/ fucuk - direndam (pilihan)
soon - direndam
lada merah/lada hijau - dimayang
bawang merah/bawang puteh/halia - dimayang

pedah dan hati ayam - dipotong kecil- digaukan dengan garam dan kunyit digoreng
pati santan
perahan air asam jawa

caranya

panas kan minyak, tumiskan bawang merah, halia, bawang putih dan cili yang dihiris sehingga layu,
masukkan kacang panjang dan tauhu kering,tempe, gaul rata, masukkan pati santan, biarkan mendidih,
tambahkan garam dan sedikit gula serta perahan air asam jawa
masukkan soon, gaul rata
masakkan ini tak berkuah kerana soon dah menyerap aiar yang ada

pucuk paku goreng pedas



bahan
pucuk paku

tumbuk lumat / kisar (guna pengisar kering- mudah nak menumis)

cili padi
ikan bilis
belacan
bawang merah
bawang putih sedikit

garam dan secubit gula

panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga naik baunya, masukkan pucuk paku, gaul rata, tambahkan garam secukupnya dan secubit gula
apabila pucuk paku kelihatan layu, matikan api

ubi goreng




ubi yang baru dicabut, sedapnya bila digoreng, tumbukkan bawang putih, sedikit kunyit segar, garam.
gaul rata, goreng sehingga garing, dimakan dengan kopi o
sedapnya

kerabu daun silom


bahan2nya

daun silom
tauge - dicelur sekejap
kacang botor - dihiris
(nak tambah sayuran lain pn boleh)

bahan untuk dikisar bersama
kelapa parut
belacan bakar
cili merah
garam dan gula secukupnya


didalam bekas, satukan sayuran dan juga bahan kisar, gaul sekata, sedia untuk dihidangkan

pucuk paku merah dan nenas


bahan2nya
pucuk paku merah
nenas- potong layang - dicelur

ditumbuk kasar:
cili merah (jika suka pedas)
bawang merah
belacan
ikan bilis/udang kering

satukan kesemua bahan diatas didalam periuk, didihkan sehingga pucuk paku masak, tambah garam secukupnya

tokchik ingat lagi, masa kecil2 tokchik paling suka sayur ni sebab kuahnya merah

pucuk belinjau masak lemak campur tempe




kali pertama tokchik makan sayur pucuk belinjau ni, asri suami along (anak buah tokchik) yang bawa balik pucuk belinjau nie

masak lemak putik dicampur tempe, ada pula sambal ketuk/sambal jawa, ulam petai dan ikan masin goreng....sedapnya

asam pedas sulur keladi


bertahun-tahun juga tokcik tak menjamah sayur sulur keladi ni, baru2 ni sewaktu balik kerumah kakak di kluang, tockhik disuakan dengan sulur keladi, kakak minta tokchik memasaknya, kalau tak silap ingatan tokchik arwah bonda pernah memasaknya, masak asam rebus, tokchik pula nak masak asam pedas

celur seketika sulur keladi ni untuk membuangkan "air gatalnya", bilas dan toskan
untuk kuahnya, bahan2nya:
lada kering
bawang merah
bawang puteh
belacan
kunyit
halia
kesemuanya dikisar halus

air asam jawa
daun kesum dan bunga kantan

tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan air, tambahkn air asam jawa, garam secukupnya, masukkan sulur keladi yang dah dicelur,daun kesum dan bunga kantan biarkan mendidih seketika, matikan api,
sedap dimakan dengn nasi panas dan ikan masin goreng

ubi rebus cicah kelapa parut



sesekali dapat menjamah makanan begini teringat tokchik kenangan masa kanak2, zaman duduk dikampung
pekena lak dengan kopi o pekat...... sedapnya

pucuk ubi msak lemak campur tempe



bahan2
pucuk ubi..dicelur
udang kering / ikan bilis
tempe dipotong ikut suka
santan
garam secukupnya
sedikit belacan

satukan kesemua bahan2 tersebut didalam periuk, masak dengan api sederhana sehinga tempe masak, rasa garamnya

Wednesday, December 8, 2010

kek batik cokelat


250 gram biskut merri
1/2 tin susu pekat manis
250 gram butter
6 sudu besar serbuk koko
200 gram cokelat masakan (tc gunakan 100gram cokelat yg bergula + 100 gram yang tak bergula - untuk mengelakkan daripada rasa yang terlalu manis)

caranya:
cairkan butter

menggunakan teknik double boil.... cairkan cokelat masakan dan susu, apabila cokelat sudah mencair, masukkan butter yang telah dicairkan, kemudian masukkan serbuk koko, gaul sehingga adunan sebati

lapik loyang dengan aluminium foil atau plastik (supaya senang apabila hendak mengeluarkannya)... tuang sedikit bancuhan cokelat, kemudian susunkan biskut merie. tuang bancuhan cokelat keatas biskut
sejukkan beberapa jam didalam peti sejuk,


Followers