Thursday, April 28, 2011
petua mengelakkan jemuran basah
masalah jemuran basah ketika hujan?????
kini tiada lagi..... dengan idea inovasi terkini daripada tc, masalah tersebut tak perlu dirisaukan (dah macam iklan lak)
seringkali masalah pakaian yang dijemur basah terkena hujan acapkali menghantui kita, almaklumlah rumah tak berpenghuni diwaktu siang kerana semua orang berada diluar - bekerja/bersekolah atau ada urusan lain yang dilakukan...jemuran ditinggalkan dibalkoni (kalau yang dok flet/apartment)pasti lencun dek tempias hujan.
panjang pula mukadimahnya
senang aja...beli saja plastik alasa meja yang jernih, kita tutupkan diatas penyidai tu, lepas tu letakkan aja dibalkoni rumah. selesai masalanya
paceri nenas berempah
bahan2 yang diperlukan
1 biji nenas - dibersihkan, dipotong ikut saiz yang disukai, dicelur
2 ulasa bawang merah dimayang
2 ulas bawang puteh dimayang
rempah penumis
3 sudu makan rempah kari
1/2 sudu makan cili serbuk
santan daripada sebiji kelapa
3 sudu makan kerisik
kisarkan:
bawang merah,
bawang putih
halia
udang kering/ ikan bilis
pijarkan minyak
tumiskan bawang yang dimayang, masukkan rempah penumis, apabila bawang kekuningan masukkan bahan yang dikisar, tumis sehingga garing
kecilkan api, masukkan rempah kari dan serbuk cili, gaul rata dan masukkan sedikit air, sebatikan rempah dengan air dan didihkan sehingga pecah minyak
masukkan nenas, santan, gaul rata, didihkan sehingga kuah agak pekat, masukkan kerisik, garam, gula secukupnya
masak sehingga kuahnya pekat
petua kasut baru
ingat masa keci2 dulu, apabila tiba musim sekolah nak dibuka atau ketika musim raya, pasti akan ada kasut baru utuk tc.
arwah mak pesan, kalau tak nak kaki/tumit melecet kita gigit dulu kasut tu sambil dalam hati berkata "sebelum kau gigit aku, aku gigit kau dulu"
bila diingat kembali....ianya seperti berkesan
tart telur portugis
puff pastry ada sebungkus lagi didalam peti sejuk, menyusuri internet...menjengok resepi2 berkaitan dengan puff pastry, dapat le idea....masukkankan kedalam acuan muffin tuangkan "filling" untuk tart.....
untuk 10 keping puff pastry ni, adunannya:
6 kuning telur
120 ml susu segar
120 ml whipp cream
100 gram gula (resepi asal 120gram- tc rasa agak manis)
masukkan susu, whipp cream, dan gula didalam kuali/periuk, didihkan sehingga gula larut, matikan api...sejukkan
bila dah sejuk, masukkan kuning telur dan kacau dengan hand whisk sehinga sebati
tuangkan 3/4 bancuhan tadi kedalam puff pastry
bakar selama 20 minit (bergantung pada oven) suhu 180 celcius
akibat kencing manis 2
tc pernah buat entry mengenai seorang kawan yang dipotong dua jari akibat kencing manis
entry bertajuk..akibat kencing manis dibuat pada 18-januari-2010, juga satu entry mengenai sejenis tumbuhan yang dikatakan boleh dijadikan ubat kencing manis...tajuk entry tu...penawar kencing manis bertarikh 25-jun-2010
semalam (27-04-2011) tc meminta beliau menunjukkan bekas pemotongan tersebut, sebab nak melihat keadaan semasa luka kesan pemotongan dua jari beliau.
apa yang terlihat, lukanya dah mengering dan mengecut, senang cakap dah nak sembuh jika dilihat dari luarannya
Wednesday, April 27, 2011
sambal tempe kacang tanah
sedap diratah atau dimakan dengan nasi panas, makan dengan bubur pun sedap.
bahan yang diperlukan:
tempe - dihiris nipis digoreng garing
kacang tanah - digoreng
ikan bilis - digoreng garing (tapi tc tak gunakan dalam resepi ni)
air asam jawa
kisarkan:
lada kering
bawang merah
bawang putih
belacan
tumiskan bahan kisar sehingga garing
masukkan air asama jawa,
tambahkan garam dan gula secukupnya, biarkan sambal memekat/pecah minyaknya
masukkan tempe, kacang tanah, ikan bilis, gaul rata,
matikan api
sumbu pelita
ingat masa kecil2, bekalan letrik belom ada dikamnpung tc, jadi dirumah kami menggunakan pelita minyak tanah, pelita cempeni (tu yg dipanggil orang kg tc) juga lampu pump
untuk pelita minyak tanak sumbunya daripada tali guni, masa tu mana le tc tau yang tu merupakan tali jut...naif katakan
baru2 ni terpandang segulung tali ni.." aikkkkk...serupa le dgn sumbu pelita masa aku kecil2 dulu" dalam hati berkata sambil ligat otar memutarkan nostalgia lama.
kek pisang
terima kasih kepada pemilik blog yang menyiarkan resepi ni,juga pemilik asal resepi ni chef zubaidah (itu yang dicatatkan)...tc minta izin nak postkan resepinya disini, sebab tc dah mencubanya...memang sedap....tc ubah suai sikit..
bahan2 yang diperlukan:
bahan A (diayak bersama)
200 gram tepung berserbuk penaik (kalau tak ada tambahkan 1 sudu teh baking powder)
1 sudu teh bikar bonat of soda
bahan B
150 gram pisang / 2.5 biji pisang saiz sedang - dilenyek
3 biji telur
1 sudu besar ovellete
1 sudu teh esen vanilla /esen pisang
170 gram gula pasir - blenderkan kasi halus (resepi asal gula kastor)
120 gram majerin/ butter - dicairkan dan dibiarkan sejuk - buat dulu
tambahkan - cokelat urai/cokelat chip (digaul dengan tepung)
cara2nya
putar telur, pisang yang dilenyek, ovellete dengan kelajuan sederhana sekitar 5 minit
masukkan gula, putar sehingga sebati/gula hancur
masukkan esen vanilla, gaul rata
masukkan tepung sedkit demi sedikit dan gaul rata (guna sudip/hand whisk aja)
masukkan cokelat chip/cokelat urai
tuangkan kedalam accuan
bakar selama 40-45 minit, suhu 175celcius (bergantung pada oven)
Sunday, April 24, 2011
puding pelangi
sambal belacan pelam muda
cili padi/cili merah
belacan yang dibakar
sedikit garam dan gula
pelam muda yang dihiris
jering muda sebagai ulaman
tumbuk lumat lada, belacan, garam dan sedikit gula
masukkan hirisn pelam dan tumbuk sedikit, kalau dikampung tc...istilah yang digunakan adalah "TUMBUK KASI MAR-MAR/MEMAR" yang bermaksud bukan tumbuk hancur/lumat sekadar untuk kasi nampak pecah2 ....seperti istilah "SERAI DITITIK"
kari daging
bahan2nya
500 gram daging - dipotong ikut saiz yang disukai
4 sudu makan rempah kari
santan dari sebiji kelapa (asingkan perahan pertama dengan perahan berikutnya)
3 biji kentang
2 tangkai daun kari
1-1/2 sudu makan kerisik
air asam jawa
rempah penumis
3 batang serai - dititik
2 ulas bawang puteh dimayang
2 ulas bawang merah dimayang
kisarkan:
bawang merah
bawang puteh
halia
sedikit lengkuas
pijarkan minyak.....tumiskan rempah penumis, masukkan bawang merah dan bawang puteh yag dimayang - tumis sehingga layu
masukkan daun kari,
masukkan bahan2 yang telah dikisar, tumis sehingga garing
masukkan rempah akri yang telah sibancuh dengan air asam
tumis sehingga rempah pecah minyak
masukkan daging, gaul/gorengkan dengan rempah sekejap
masukkan santan cair, didihkan sehingga daging lembut (nak mudah rebus dulu daging tu)
masukkan kentang, bila kentang sudah empuk, masukkan santan pekat, didihkan tetapi jangan sampai pecah minyak
tambah kerisik, garam dan secubit gula
ayam masak sos
bahan2 yang diperlukkan
1/2 kg ayam - dibersihkan, digaul dengan kunyit dan garam - digoreng
bahan kisar:
bawang merah
bawang puteh
halia
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
garam dan gula secukupnya
pijarkan minyak
tumiskkan bahan kisar sehinga garing
mnasukkan sos tiram ...gaul rata
tambahkan cili sos dan tomato sos.....gaul rata
masukkan ayam gaul rata dan tambah sedikit air....didihkan (untuk memaastikan sos sebati dengan ayam)
tambahkn garam dan gula secukupnya
rasa masakan ni masam2 manis
ayam lemon
bahan yang diperlukan
bahan A (perapkan - +/- 1 jam)
isi ayam - 300 gram
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah (tc gunakan lada hitam sbb tak ada lada sulah didapur)
1-1/2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
bahan B
4 sudu makan jus oren (boleh gunakan jus sunquick)
2 sudu makan perahan lemon
2 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
125ml air (1/4 cawan)
bahan C
2" halia dimayang halus
3 ulas bawang puteh dicincang
panaskan minyak...
goreng ayam yang telah diperap sehingga kekuningan, angkat dan ketepikan
tinggalkan sedikit minyak didalam kuali
tumiskan halia dan bawang puteh sehingga agak kekuningan(resepi asal tak ada bahan ni, tapi tc tambah sendiri)
masukkan bahan B, didihkan sehingga kelihatan agak pekat...rasa masin manisnya
masukkan ayam yang telah digoreng dan digaul rata
angkat dan hidangkan
nasi goreng
mayangkan:
bawang merah
bawang puteh
cili padi -- pilihan
1 biji telur
1 mangkuk nasi
3 sudu sayuran campur (lobak merah/jagung/kacang pes - ada dijual dipasaraya)
1/2 sudu teh sos tiram
pijarkan minyak
tumis bahana2 yang dihiri sehingga layu
masukkan sos tiram, gaul rata
masukkan telur.....digaul rata, dikacau sehingga telur kelihatan "berderai"
masukkan nasi, gaul rata, masukkan sayuran campur
perisakan dengan garam secukupnya
mee goreng
kisarkan:
1 tangkai lada kering (boleh dikurangkan/ditambah)
5 ulas bawang merah (tc suka gunakan bawang lebih)
4 ulas bawang puteh
udang kering / ikan bilis
mee kuning
sawi
daging/isi ayam
fish ball
1 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
garam dan gula secukupnya
panaskan minyak
tumis bahan kisar sehingga garing
masukkan sos tiram... gaul rata
masukkan cili sos/tomato sos
masukkan daging/ isi ayam...tambahkan dengan bebola ikan/sotong/udang
masukkan mee.....gaul rata
masukkan sawi
perisakan dengan garam dan secubit gula
Wednesday, April 20, 2011
cik mek molek
singgah kekedai sewaktu pulang dari kerja, tc terpandang keledek kat kedai runcit tu, baru dihantar oleh pembekal kata pekedai tu.
nampak cantik dan masih segar, beli le 2 biji besar, tak plan nak buat apa pun dengan keledek tu, membeli bersebab tertarik pada "kecantikan" keledek tu.
sambil berehat menonton berita, tetiba terlintas dibenak "apa kata aku buat kueh cik mek molek, keledek pun dah ada"
maka operasi pun bermula.
1. merebus keledek
2. melenyek keledek yang dah siap direbus
3. mencampurkannya dengan tepung
4. membentuknya menjadi rupa "cek mek molek"
dileperkan ditapak tangan, kemudian letakkan gula sebagai intinya, lalu
dibentukkan lonjong - pndai2 le nak adjust bentuknya
5. dah siap...goreng le ....
Tuesday, April 19, 2011
ikan masin gulai lemak dengan nenas
bahan2 diperlukan:
nenas - potong ikut suka - dicelur
santan daripada sebiji kelapa
ikan masin - renddam untuk mengurangkan kemasinnya
kisarkan:
cili padi
bawang merah
kunyit segar
sedikit belacan
masukkan santan dan bahan kisar kedalam periuk,
masukkan ikan masin dan nenas
didihkan dengan api sederhana,kuah hendak lah sentiasa dikacau untuk mengelakkan pecah minyak
pucuk paku goreng pedas
sambal goreng
kalau dijohor, apabila disebut sambal goreng, ianya mengandungi tempe, tauhu kering, soon, ada yang mencampurknya dengan pedal dan hati ayam yang digoreng dan semestinya berwarna kehitaman sebab dimasak dengan kicap, kali ni tc tak letak kicap.
bahan2nya:
tempe - dipotong kecik dan digoreng
tauhu kering - direndam
kadang panjang - dihiris
soon direndam
kisarkan:
lada kering
bawang merah
bawang puteh
ikan bilis
panaskan minyak
tumiskan bahan kisar sehingga garing
masukkan tauhu kering, tempe, kacang panjang, gaul rata,
tambahkan garam dan gula secukupnya sebagai pelengkap rasa
masukkan soon, gaul rata sehingga soon lembut
matikan api, sedia untuk dihidangkan
Nota:
soon yang hendak digunakan boleh juga dicelur terlebih dahulu
pengaga masak lemak dengan keledek
lama dah tak makan sayur pengaga, sewaktu menetap dijohor dulu, tc pernah makan sayur pengaga masak lemak yang dicampur dengan cambah kacang hijau (kacang hijau yang direndam semalam yang baru keluar ekornya), tetapi bukan pilihan tc, sebab arwah bonda biasa masak pengaga ni dicampur dengan keledek, dibuat urap atau sekadar dijadikan ulam untuk dimakan dengan sambal kelapa.
sayur ni sedap kalau ada ikan masin, sambal belacan, nasi panas2....fuhhhhhhh....laju menyuap nasi
ikan goreng celup tepung
bahan2nya:
1 senduk tepung beras
1/4 senduk tepung gandum
sedikit kapur sireh/ air abu (pilihan)
serbuk kunyit
serbuk kari/ serbuk lada
garam secukupnya
air
bancuh kesemua bahan diatas sehingga sebati, pastikan bancuhan jangan cair, biar agak likat
panaskan minyak, celupkan ikan kedalam bancuhan tepung tadi dan goreng...sama seperti kita menggoreng pisang
sedap dimakan dengan nasi atau diratah bersama sos cili
Monday, April 18, 2011
sambal kelapa
masa kecil2 dulu arwah bonda biasa menyediakan sambal kelapa, bahannya amat mudah, hanya menggunakan:
kelapa parut
belacan yang dibakar
lada kering (tc gunakan lada merah segar)
garam secukupnya
tumbuk lada kering dan belacan hingga lumat,
tambahkan garam secukupnya
masukkan kelapa kedalam lesung, gaulkan dgn lada yang dah ditumbuk tadi
sedap dimakan dengan :
nagka muda yang dicelur
buah gelepung (buah liar - terdapat ditebing sungai)
pisang muda (rendam dgn air garam)
daun silom
pengaga
kek cokelat kukus
sedap kek ni....lembut dah gebu, tc tengok laju aja anak buah tc makan, ini resepinya...milik asal pn munira
Kek Coklat Kukus (ada adjustment sikit daripada resepi asal)
Bahan-bahan A:
1 cawan gula pasir (tc tak isi sampai penuh secawan)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat (tc guna kan 3/4 cawan aja)
1 cawan minyak sayuran - (tc gunakan buttercup yang dicairkan)
masak bahan diatas sekadar untuk mencairkan gula, sejukkan (nak buat jalan pintas - blenderkan aja kesemuanya )
Bahan B (diayak):
3/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh bikarbonat of soda
1/2 sudu teh baking powder
Bahan C:
4 biji telur - guna hand whisk pukul seperti nak membuat telur dadar
Cara membuat:
Satukan telur dlm bahan A secara berselang seli dengan tepung,gaul rata.
Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang.
Kukus selama 45-60 minit atau sehingga masak.
nota:
tc sapukan sedikit minyak masak didasa dan tepi loyang, kemudian tc letakkan plastik,ianya bertujuan untuk memudahkan kek dikeluarkan daripada loyang
cucur jawa
baru ni tc tau nama kueh ni cucur jawa, sewaktu berkunjung ke sabah, tc dibawa ke tamu kota belud, ternampak ramai peniaga disana menjual kueh ni, kalau tak silap mereka memanggilnya dengan nama penjaram
memang sedap
terjumpa resepi ni di norsha.blogspot,terima kasih dan minta izin nak kongsi resepi ni dengan yang lain.
mudah menyediakannya.... dah sedap...
RESIPI CUCUR JAWA
Bahan-bahan 2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
sedikit garam
1 cawan air panas
1 cawan air masak
Cara-cara
1.campurkan gula pasir dan gula merah bersama air panas serta garam , blender sampai gula hancur, masukkan air masak, blender lagi
2.tuangkan tepung gandum dan tepung beras sedikit semi sedikit dan kisar sebati selama 10 minit
3. peram adunan td semalaman
4. panaskan minyak dalam kuali kecil, tuangkan sesenduk, goreng sekitar 2 - 3 minit
nota:
selepas 2 jam tc perap tc goreng adunan ni (kes tak sabar), alhamdulillah.....sedap
tc guna kan gula merah tu yang nampak kehitaman, kalau guna gula perang mungkin warnanya lebih cantik
terima kasih norsha untuk resepi ni
Saturday, April 16, 2011
puff pastry
dah lama puff pastry ni dalam peti sejuk tc, asyik tertangguh aja projek nak membuatnya.
kelmarin ada kesempatan, bahan2 untuk intinya pun ada, makan projek tertangguh tu pun bermula
selepas pastry tu dinyahbekukan, letakkan inti diatasnya kemudian lipat le ikut suka, nak bujur, bulat, lonjong, empat segi........hahaha
tc letakkan inti kaya, kacang merah dan juga daging lada hitam (inti yg digunakan untuk buat karipap)
dah siap tu sapukan kuning telur diatasnya, nak cantik campurkan sedikit susu kedalam kuning telur tu
panggang didalam oven selama 20 minit dengan suhu 200celcius
karipap lagi
teringin nak makan karipap inti sardin, kalau beli selalunya kata inti sardin tapi tak terasa pun sardinnya, untuki kepuasan buat le sendiri. Selain karipap berintikan sardin, tc juga sediakan inti daging lada hitam
satu adunan tu boleh dapat dalam 33 biji (bergantung kepada tebal nipis kulit karipap tersebut)
sebahagian karipap yang dibuat tu tc "frozenkan", tetapi sebelum disejukbekukan tc goreng sekejap dalam anggaran 1.5 minit, sejukkan, masukkan kedalam bekas, sumbat aja dalam peti sejuk, nak makan kita keluarkan dan goreng semula
mee sup
sup tulang
betul2 membeli tulang...daging yang ada ciput aja....kalau dapat tulang rusuk lembu yang segar dibuat sup.....yummmy
kali ni selepas bahan2 rempahnya tc tumiskan, semuanya tc tuangkan kedalam "pressure cooker" kunci ketat2 penutupnya, apabila bunyi berdesir kedengaran tc biarkan lagi selama 20 minit (keseluruhan sekitar 30 minit ja masa memasaknya)
angkat periuk tu, letakkan dibawah paip dan sambil tu tarik le tombol yg ada untuk mengeluarkan haba didalamnya, kemudian barulah dibuka penutupnya
tambahkan garam secukupnya, taburkan daun bawang/daun sup dan bawang goreng, sedia untuk dihidangkan
sedap kalau dimakan bersama dengan sambal kicap
kek sarang lebah
resepinya nampak mudah tetapi nak mendapatkan hasil yang cantik payah rupanya. ada masa nya menjadi cantik, ada masanya nampak macam bantat walaupun menggunakan resepi yang sama
hari tu teringin nak makan kueh ni, selongkar resepi, tc buat le, alhamdulillah, menjadi macam yang dahulu, almaklum le hanya sesekali menyediakan kek sarang lebah ni
apam gandum
kecil2 dulu arwah bonda biasa buat apam gandum ni, malam sebelum tidur, adunan dah dibancuh, dimasukkan kedalam pasu tanah liat, tc masih ingt...bila bangun keesokkan paginya nampak membumbung dah adunan tu...masa tu rasa macam pelik...."eh.....macam mana leh jadi mcm ni ek"
selepas dikukus, digaulkan dengan kelapa parut.....fuhhhhhhhhhhhhh sedapnya tak terkata
terjumpa resepi diblog cik mat gebu, nampak sedap, tc cuba le buat, bila tengok catitan dalam resepi..."perap sejam"....leh jadi ke?
nekad aja mencubanya, bila dah siap dikukus nampak mcm bantat...."alamak" dalam hati berkata...esok paginya tc potong, nampak mcam cantik, gaulkan dgn kelapa parut, try ngap..........walauuuuuuu.........sedap siot...terima kasih cik mat sbb sudi kongsi resepi yang sedap dan mudah, tc minta izin nak share dengan orang lain ya cik mat, tapi ada yg tc adjust...mcm kata cik mat "derhaka resepi"
Bahan-Bahannya :-)
1-3/4 cawan air*
1/2 cawan gula melaka*
3 camca besar gula pasir*(*blenderkan aja)
2 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast (bancuh dengan air suam yang diletakkan sedikit gula dan tepung- buat 5 minit terlebih awal)
Kelapa parut putih secukupnya digaul bersama sedikit garam
Cara membuatnya :-)
1.blenderkan sahaja (jalan pintas) air, gula merah, gula pasir sehingga sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kisar sampai sebati,
2.masukkan yis yang dah dibancuh tadi, kisar lagi sehingga sebati
3. perapkan selama 1 jam
4.Panaskan kukusan, lenser loyang dengan sedikit minyak, lapikkan dengan plastik (senang nak mengeluarkan kueh apabila dah masak - tarik aja plastik tu nanti) tuang adunan apam, biar 5 minit dan kukus 35 - 40 minit. Biar sejuk sebelum dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut putih.
Sunday, April 10, 2011
kari ayam beryourgt
tc memang tak pandai nak kasi resepi......hak ni berapa gram, hak nun berapa cawan, itu berapa sudu, bahan ni berapa kilo.
tc masak macam cara orang dulu, main agak2, main campak2.....ikut gerak hati
kali ni masak lauk kari ayam dengan yougrt
bahan2nya
ayam - anggaran 1 kg
3 sudu makan rempah kari
150ml yougrt tanpa perisa
250 gram bawang yang dijhadikan bawang goreng
kisarkan :
2" halia
7 ulas bawang puteh
rempah penumis
daun ketumbar
3 biji tomato
perahan air asam jawa
garam dan gula secukupnya
caranya
pijarkan minyak.......tumiskan rempah penumis, kemudian masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing,
kecilkan api......masukkan rempah kari, gaul rata, tuangkan air asam jawa dan masak sehingga pecak minyak
masukkan ayam, goreng seketika dengan rempah,
masukkan air dan bawang goreng,
didihkan sehingga kuah sepruh pekat, masukkan daun ketumbar
apabila kuah hampir pekat, masukkan tomato yang dibelah empat, tambahkan garam dan gula secukupnya
apam puteri ayu
Bahan A:
3 biji telur
220 gram gula
1 sudu teh ovellete
Bahan B
100ml santan
1 sudu teh pandan emulco
Bahan C
150gram tepung gandum
Bahan D (digaul rata)
300 gram kelapa parut
garam secukupnya
1-1/2 sudu makan tepug ubi
penyediaannya:
gaul rata kelapa parut/garam/tepung ubi, kemudian isikan kedalam acuan yang dah dileserkan dgn minyak....kukus sekejap
putar gula/telur/ovelate sehingga kembang,
masukkan santan dan pandan emulco, putar sebati, kemudian masukkan tepung.....gaul rata. sendukkan kedalam acuan dan kukus anggaran masa 10 - 12 minit
ini le rupa apam puteri ayau tc....yang tak ayunya sbb kelapa tu bnyak sangat....hahahahahahah
daniel imran
anak sulong along jenny, daniel imran, semakin comel, semakin montel si imran nie dah 7 bulan umurnya kalau tak silap.
kami semua makan, dia leka menonton tv
tersengih didukung uncle balangnya
bila tc nak mengambilnya..tetiba imran melalak...........
seronok tengok imran makan apam puteri ayu tu.habis sebiji dimakannya
si montok dah nak mandi
kunjungan along jenny
semalam along jenny datang berkunjung kerumah, idah teringin nak makan puding roti yang tc buat.... tergoda melihatkan gambrnya...
untuk menjamu mereka tc masak le nasi beringin, lauknya kari ayam yougrt, juga buat kan acar darat
petangnya.....tc buat apam puteri ayu.....
malam, tc masak makaroni goreng dan juga buatkan sirap bandung....kata along jenny.....kalau macam ni punya makan mau meletup perut........tc cakap...eno kan ada...hahahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)