Wednesday, December 29, 2010
gulai cili padi daging salai berperia
bahan2
daging salai
cili padi
bawang merah
kunyit segar
santan
serai
garam secukupnya
asam keping
peria...diptong besar2
cara2nya
kisar cili padi, bawang merah
satukan bahan kisar, serai, santan, daging salai kedalam periuk
didihkan dengan api sederhana, apabila kuah sudah mendidih, baru masukkan peria, masak sehingga peria empok,
tambah garam secukupnya, matikan api
Monday, December 27, 2010
ayam panggang tokchik
kisarkan sehingga halus
cili kering
serai
bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
ketumbar
jintan
tambahkan
garam
gula merah
sesudu makan butter
lumurkan ayam (anggaran 1.3kg seekor )dengan bahan yang dikisar tadi
masukkan kedalam beg plastik, perapkan beberapa jam baru lah dipanggang
panaskan oven - suhu 200 celcius, panggang ayam selama 60 - 90 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya
sedap dimakan dengan nasi ayam, nasi minyak, diratah begitu sahaja pun sedap
sayur cendawan kukur aka cendawan batang getah
cendawan kukur atau dikenali juga dengan nama cendawan pokok getah, sebab cendawan ni kebiasaannya tumbuh dipohon getah yang dah mati
bertahun tc tak menjamah sayur ni, dulu2 masa kecil2 ini merupakan sayur kegemaran tc adik beradik,
memang sedap, cuma agak leceh sebab nak membuangkan "kakinya", dimana terdapat sisa kulit pokok getah yang melekat.
bahan2 untuk memasaknya mudah, kita hanya perlukan:
santan
ikan bilis
bawang merah
belacan
daun kunyit
garam secukupnya
satukan kesemua bahan diatas kedalam periuk, masak dengan api yang sederhana supaya tak pecah santan/pecah minyak, biarkan santan dan cendawan menyatu rasanya
sedap dimakan dengan sambal belacan dan ikan masin / ikan pekasam
Saturday, December 25, 2010
talam suji mat gebu
dulu pernah sekali mencuba, ambik resepi di internet........ hampeh......... tak menjadi, belek2 blog cik mat gebu, ternampak dia post N3 pasal talam suji, tc pun bernaikan diri mencuba...alhamdulillah.menjadi
ni nak ucapkan terima kasih pada cik mat gebu
so tc namakan kuih ni talam suji mat gebu...... mat gebu selalu kata dia suka menderhaka pada resepi.....tc pun buat benda yang sama.menderhakan kat resepi asal yang mat gebu catatkan
ni kueh yang tokchik masak menggunakan resepi cik mat gebu
TC...COPY DAN PASTE RESEPI NI DARI BLOG CIKMAT GEBU
LAPISAN BAWAH :-)
90 gram sugee @ semolina*
225 ml air*(*disatukan dan rendam 30 minit)
110 gram gula halus (mat letak 100 gram)
1 biji telur
100 ml santan pekat
125 ml air
Beberapa titik pewarna kuning
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)
BAHAN LAPISAN ATAS :-)
150 gram gula melaka, potong kecil*
25 gram gula pasir*
250 ml air*
1 helai daun pandan*(*disatukan dan masak hingga gula larut, sejukkan)
75 gram tepung gandum
1 1/2 biji telur (mat letak 1 biji + 1 kuning telur)
125 ml pati santan
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
1.Panaskan kukusan. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 2 1/2 inci dengan plastik bersih. Ketepikan.
2.UNTUK LAPISAN BAWAH :- Satukan semua bahan2 lapisan bawah kecuali sugee, kacau hingga gula larut dan tapis adunan tadi. Masukkan sugee, kacau rata dan tuang dalam periuk, masak atas api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan kental. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan kukus 25 minit pada api sederhana, tutup permukaan tin dengan aluminium foil atau tudung periuk masa mengukus.
3.UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan bawah, kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tapis dan masukkan ke dalam periuk, masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat. Matikan api. Berhati2 tuang atas lapisan sugee tadi (gunakan kaedah menuang bancuhan ke dalam senduk yang di letak atas lapisan sugee, ini bertujuan mengelakkan lapisan bawah tercedera), tutup kembali permukaan tin dan kukus 30 minit pada api sederhana. Bila masak biar betul2 sejuk sebelum dipotong....Selamat mencuba.
pucuk manis masak air campur keledek
Tuesday, December 21, 2010
sambal belacan bacang
paceri terung
bahan2
terung panjang - dibelah dua (rendam dalam air untuk menggelakkan terung menjadi lebam)- kebiasannya tc goreng terung terlebih dahulu
perencahnya
setangkai daun kari
rempah penumis
rempah kari
air asam jawa
santan
gula dan garam secukupnya
kerisik
bahan kisar
udang kering / ikan bilis
bawang merah
bawang putih
halia
cara2nya
panaskan minyak
masukkan rempah penumis, daun kari, gaul rata, kemudian masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan santan cair / air, gaul rata..biarkan sehingga pecah minyak
masukkan terung, juga santan (disebabkan terung telah digoreng , hanya gunakan santan pekat sahaja), gaul seketika
masukkan kerisik, garam dan gula secukupnya
biarkan kuahnya agak pekat baru dimatikan api
Sunday, December 19, 2010
acar darat / jelantah/jelatah
Saturday, December 18, 2010
nasi goreng kicap
bahan2nya
nasi (tc suka gunakan nasi yang ditanak semalam)
bawang merah, bawang putih - dimayang
kacang panjang - dimayang
ikan bilis - digoreng garing
kicap pekat (tc gunakan kicap mee jenama tamin)
boleh juga gunakan kicap cair
cara2nya
tumiskan bawang dan lada sehingga layu,
masukkan nasi, gaul rata,
tuangan kicap secukupnya, gaul rata,
masukkan ikan bilis dan kacang yang dimayang
gaul seketika, matikan api, sedia untuk dijamah
mee hoon taucu
sediakan
mee hoon - celur dulu
taucu - dibasuh untuk mengurangkan kemasinan
tauhu - dipotong kecil - digoreng
kucai - dihiris
udang - beli udang yg kecil2 dan berkulit lembut tu
tauge
bawang merah dan bawang putih dimayang
cili dimayang
caranya
panaskan minyak, tumiskan bawang yang dimayang berserta cili sehingga layu, kemudian masukkan udang, goreng seketika, masukkan mee hoon,taucu gaul rata, tambah kan kucai goreng sehingga semuanya sebati
masukan tauge, gaul rata, pastikan tauge tidak lecur, sekadar layu sahaja
matikan api
ikan sungai goreng
bingka ubi kayu
balik daripada kluang, tc dibekalkan dengan ubi kayu, tekak ni tetiba teringin nak makan binga ubi kayu, nak yang lembut, yang terasa ubinya, kalau yg orang berjualan tu keras sangat
tokchik kisar ubi tu, toskan, kemudian sagu tang mendap tu tokchik ambik dan gaulkan dengan ubi yang diparut
tambahkan gula merah, gula pasir secukupnya, tuang santan pekat, serta secubit garam, tepung gandum secukupnya (adunan ni agak cair, tepung anggaran 3 senduk kecil untuk adunan yang tc buat) serta 2 biji telur dan esen vanilla, gaul rata
tuang kedalam adunan berlubang tengah, bakar diatas dapur gas selam sejam dengan api kecil
setelah masak, sejukkan terlebih dahulu baru dipotong -
sambal goreng tempe hati pedal
tc tak tau apa nama sebenarnya masakan ni, jadi tc berikan aja nama sebagaimana diatas
bahan2
kacang panjang - dihiris memanjang
tempe - dihiris nipis digoreng
tauhu kering/ fucuk - direndam (pilihan)
soon - direndam
lada merah/lada hijau - dimayang
bawang merah/bawang puteh/halia - dimayang
pedah dan hati ayam - dipotong kecil- digaukan dengan garam dan kunyit digoreng
pati santan
perahan air asam jawa
caranya
panas kan minyak, tumiskan bawang merah, halia, bawang putih dan cili yang dihiris sehingga layu,
masukkan kacang panjang dan tauhu kering,tempe, gaul rata, masukkan pati santan, biarkan mendidih,
tambahkan garam dan sedikit gula serta perahan air asam jawa
masukkan soon, gaul rata
masakkan ini tak berkuah kerana soon dah menyerap aiar yang ada
pucuk paku goreng pedas
bahan
pucuk paku
tumbuk lumat / kisar (guna pengisar kering- mudah nak menumis)
cili padi
ikan bilis
belacan
bawang merah
bawang putih sedikit
garam dan secubit gula
panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga naik baunya, masukkan pucuk paku, gaul rata, tambahkan garam secukupnya dan secubit gula
apabila pucuk paku kelihatan layu, matikan api
ubi goreng
kerabu daun silom
pucuk paku merah dan nenas
bahan2nya
pucuk paku merah
nenas- potong layang - dicelur
ditumbuk kasar:
cili merah (jika suka pedas)
bawang merah
belacan
ikan bilis/udang kering
satukan kesemua bahan diatas didalam periuk, didihkan sehingga pucuk paku masak, tambah garam secukupnya
tokchik ingat lagi, masa kecil2 tokchik paling suka sayur ni sebab kuahnya merah
pucuk belinjau masak lemak campur tempe
asam pedas sulur keladi
bertahun-tahun juga tokcik tak menjamah sayur sulur keladi ni, baru2 ni sewaktu balik kerumah kakak di kluang, tockhik disuakan dengan sulur keladi, kakak minta tokchik memasaknya, kalau tak silap ingatan tokchik arwah bonda pernah memasaknya, masak asam rebus, tokchik pula nak masak asam pedas
celur seketika sulur keladi ni untuk membuangkan "air gatalnya", bilas dan toskan
untuk kuahnya, bahan2nya:
lada kering
bawang merah
bawang puteh
belacan
kunyit
halia
kesemuanya dikisar halus
air asam jawa
daun kesum dan bunga kantan
tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan air, tambahkn air asam jawa, garam secukupnya, masukkan sulur keladi yang dah dicelur,daun kesum dan bunga kantan biarkan mendidih seketika, matikan api,
sedap dimakan dengn nasi panas dan ikan masin goreng
ubi rebus cicah kelapa parut
pucuk ubi msak lemak campur tempe
Wednesday, December 8, 2010
kek batik cokelat
250 gram biskut merri
1/2 tin susu pekat manis
250 gram butter
6 sudu besar serbuk koko
200 gram cokelat masakan (tc gunakan 100gram cokelat yg bergula + 100 gram yang tak bergula - untuk mengelakkan daripada rasa yang terlalu manis)
caranya:
cairkan butter
menggunakan teknik double boil.... cairkan cokelat masakan dan susu, apabila cokelat sudah mencair, masukkan butter yang telah dicairkan, kemudian masukkan serbuk koko, gaul sehingga adunan sebati
lapik loyang dengan aluminium foil atau plastik (supaya senang apabila hendak mengeluarkannya)... tuang sedikit bancuhan cokelat, kemudian susunkan biskut merie. tuang bancuhan cokelat keatas biskut
sejukkan beberapa jam didalam peti sejuk,
Sunday, November 28, 2010
singgang ikan kembung belimbing buluh
semasa kekedai, ternampak buah belimbing buluh ni dijual, beli le beberapa biji, teringat masa kecil2 dahulu, arwah bonda selalu buat sambal belacan selain daripada mencampurkannya kedalam gulai ikan, memang sedap.
tc masak singgang ikan kembung dan campurkan buah belimbing buluh didalamnya, kalau masak lemak telur itik pun sedap dicampurkan dengan belimbing buluh ni
thermos aka bekas air panas
nasi lemak sambal sotong
sarapan pagi untuk anak2 sedara yg dtg bertamu, permintaan khas daripada herman
"pck...buatkan nasi lemak bungkus daun pisang"
nasib baik senang nak dapat bahan tercapai lah juga hajat dia
dalam padda tu tc sendiri teringin nak makan lontong, jadi buat lah juga lontong, kiranya pagi tersebut ada nasi lemak ada lontong
umbut kelapa masak lemak berkerisik
dah lama bebenar tc tak menjamah sayur umbut kelapa, baru2 ni sewaktu kepasar malam, ternampak ada orng menjual umbut. rm5.00 sekilo, tc belilah.
sampai dirumah tc potong dan celur umbut tu (keesokkan hari baru nak dimasak).... sambil menyiangnya, tc ambil le sekeping dua, dimakan mentah2........fuhhhhhhhhhhhh...terasa kemanisannnya
ini merupakan resepi keluarga tc dalam menyediakan / memasak umbut kelapa.
bahan2 yang diperlukan
ikan bilis/udang kering - ditumbuk
lada merah - dihiris
bawang merah - dihiris
sedikit belacan
2 helai daun kunyit disiat2
santan secukupnya
2 sudu besar kerisik
cara2nya
campurkan kesemua bahan diatas berserta dengan umbut yang telah dicelur kedalam kuali/periuk (masak menggunakan kuali lebih mudah...hehehehe)
menggunakan api sederhana... didihkan santan sehingga menggelegak, tambah garam secukupnya dan juga kerisik, masak beberapa minit lagi baru dimatikan api.
sayur umbut tc dah sedia untuk dimakan, paling sedap kalau ada ikan masin kapak sebagai regunya
Thursday, November 18, 2010
sup tulang
kisarkan :
bawang merah
bawang putih
halia
ketumbar
jintan kasar
jintan halus
serai
sediakan juga- rempah penumis
panaskan minyak, tumis rempah penumis dan bahan kisar sehingga wanggi dan garing, masukkan beberapa batang serai
masukkan air dan tulang, biarkan mendidih, tambahkan garam secukupnya
taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng semasa menghidangkan, nak lagi power...sediakan sambal kicap
ikan selar masak singgang
LAKSA JOHOR
Teringin sangat nak makan laksa johor, tekak ni kekadang mengada2, yang dibeli tak menepati citarasa, so kenalah masak sndiri
kali ni tc hnya nak tepekkan gambrnya aja
speggeti yang dah siap dicelur
kuah laksa tc, tc gunakan ikan makarel yang dibeli dipasaraya..bukan yang dah ditinkan ya, pada tc ikan ni lebih sedap dijadikan kuah laksa, kekadang tc gunakan ikan tongkol
ni aja ulaman yang ada, lada merah tak ada, jadi sambal belacannya gula cili padi
gaul rata, ngap le--- tc suka kuah yang pekat, terasa isi ikan membaluti speggeti
Subscribe to:
Posts (Atom)