Monday, October 27, 2008

kisah jamu

selesai dispa ikan, tok chik merayau lagi, menyinggah le ke MYDIN, dalam melilau mencari barang yang hendak dibeli, tokchik terdengar perbualan diantara si ibu dan 2 orang anak lelakinya, kalau tak salah tokchik budak tu 1 orang berumur sekitar 14 tahun dan adik nya lebih kurang 11 tahun.

"mak, ngapa tulis jamu serapat, apa yang nak di kasi rapat" tanya sianak yang berumur 14 tahun.
" mana bang, mana dia tulis jamu rapat, adik nak tengok bang" tingkah siadik.
tokchik dok pasang telinga, "macam best aja perbualan nie"
si ibu buat tak peduli, sianak mungkin kerana tak berpuas hati sebab soalannya tak berjawab, mengulangi semula pertanyaan tadi.
mungkin kerana tak tau bagaimana nak menjelaskan kepada sianak kegunaan jamu tersebut si ibu memberikan jawaban "sibuk betul budak nie, dah letak balik"
terkebil-kebil sianak bila diherdik. si ibu pulak menjadi serba salah sebab tokchik dah mula tersenyum sumbing.
apa yang tokchik lakukan, " dik, ni ubat untuk orang perempuan, bagi mereka yang dah berkahwin, ubat untuk bahagian dalaman wanita, tak pa ......esok2 bila kamu dah besar kamu akan faham"

pada pendapat tokchik, sebagai ibubapa, kita tak perlu malu/segan untuk menjelaskan sesuatu pekara yang ada kaitan dengan "alam dewasa" sebab penerangan yang jelas dapat membantu anak2 memahami jadi mereka tidak akan membuat andaian sendiri.

spa ikan




27/10/2008 cuti umum perayaan depavali, tokchik ambik kesempatan berjalan2, tampa tujuan yang khusus, sekadar nak menghilangkan kebosanan, jalan punya jalan tokchik singgah le kat sebuah pasaraya, terpandang le perkataan "SPA IKAN"
"biasa dengar dan biasa terbaca disuratkhabar" hati tokchik berbisik............"aku nak mencuba nya" tokchik ambik keputusan
" ya ......encik mau cuba ka" tanya pekerja disitu, "ada plomosi sekalang, rm 10 untuk 20 minit" tanpa ditanya budak cina tu menjelaskan, "banyak bagut, dia kasi ilang itu kaki"
" haaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! ilang itu kaki ka??????? wa puyau ma" tokchik buat2 terkejut. sedangkan tokchik dah faham apa yang ingin disampaikan
"mukan, dia kasi ilang itu mati punya kulit, kasi cuci lu punya kaki, manyak bagut" tersipu2 amoi tu bila kena usik dengan tokchik.
" ok lah, wa telai lah, sebab lu kata bagut wa telai lah, lu pun leng loi, wa swi ma"
amoi tu tengok tokchik " lu cina tau cakap lo"
tokchik jawab " ishkkkkkkkk........mesti tau ......lu dengar wa cakap cina ya"
amoi tu tengok muka tokchik yang handsome ni lagi
" cina.....cina ....cina"tokchik menyebut berulang kali " lu ada dengar kan wa cakap cina, tak ada salah kan wa sebut" tokchik gelak kuat2 lepas tu
amoi tu tarik muka masam, agaknya dalam hati dia menyumpah, "gila punya orang tua"

berbalik kepada kisah spa ikan tadi. bila kaki kita dimasukkan kedalam bekas berisi ikan2 kecil tu, kaki kita akan mula diserbu oleh ikan2 tu, terasa gigitan halus dikaki kita, perasan geli yang teramat sangat melingkari tokchik, mengeliat2 tokchik menahan kegelian. berkerumun ikan2 kecil tu disekeliling kaki tokchik, lama kelamaan terasa asyik pula .............. 20 minit masa berlalu, bila tokchik keluarkan kaki dari bekas berisi ikan2 tersebut, terasa lega sangat kat kaki tokchik, maklumlah daki2 yang ada dah dimakan dek ikan2 kecil tu,

Saturday, October 25, 2008

lawak cilok 4

one wish!!


Two Arabs are in a locker room taking a shower after their racquetball game when one notices the other has a huge cork stuck in his butt.

"If you do not mind me saying," said the second, "that cork looks very uncomfortable. Why do you not take it out?"

"I cannot", lamented the first Arab. "It is permanently stuck in my butt."

"I do not understand," said the other.

The first Arab says, "I was walking along the beach and I tripped
over an oil lamp. There was a puff of smoke, and then a huge old
man in an American flag attire with a white beard and top hat came oozing out.

He said, "I am Uncle Sam, the Genie. I can grant you one wish."

I said, "No ..shit."

.............................................

celver....clever.....



Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir)" Kaki"

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab " Bersalaman"


Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan


Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung


Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay


Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck


Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork


Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname


Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe

lawak cilok 3

Muthu and his life



MUTHU & THE INTERVIEWER
Interviewer : What is your birth date?
Muthu : 13th October
Interviewer : Which year?
Muthu : ... EVERY YEAR


MUTHU & HIS MANAGER
Manager asked to Muthu at an interview....
"Can you spell a word that has more than 100 letters in it?"
Muthu replied: P-O-S-T-B-O- X

MUTHU & LONDON TRIP
After returning back from a foreign trip, Muthu asked his wife," Do I look like a foreigner?"
Wife : No! Why?
Muthu : In London, a lady asked me, "Are you a foreigner?".. that's why ...
Wife : SHOCKED!



MUTHU & TOURIST
One tourist fromU.S.A.asked to Muthu whether any great man born in this village or not.. and Muthu said .. "No sir, only babies were born here .. "



MUTHU & HIS EXPERIMENT
Muthu was doing experiment with cockroach. First he cut it's one leg and told WALK. WALK. Cockroach walked.
Thenhe cut it's second leg and told the same. Cockroach walked.
Then cut the third leg and did the same.
At last he cut it's fourth leg and ordered it walk! But cockroach didn't walk.
Suddenly Muthu said loudly, "I found it. If we cut cockroach's four legs, it becomes deaf".
Muthu become a saint!


MUTHU & DRIVER
When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver adjusted mirror. Muthu shouted,"You are trying to see my wife? Sit back. I will drive.

MUTHU GOES TO HOTEL
Muthuwent in a hotel. To wash hands he
went to the washbasin. There hestarted
washing the basin. Seeing this, the
manager asked what was hedoing. Muthu
pointed towards the board "WASHBASIN "

MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART
Interviewer : Just imagine your in 20th floor in a building, it caught fire and how will you escape ?
Muthu : It's simple.. I will just stop my imagination ..





Oh .. i forgot . the funniest part ..
On a political rally Muthu was
arrested. Why ????????????
Because, a woman journalist walking
with a badge wrote "PRESS" on her
right chest ... and he did it !


............................................



kisah seorang puteri

Tersebutlah kisah di zaman manusia masih pakai nama jambu, mempelam lagi. Ada la sorang mamat tu namanya Buyong. Kerjanya hanyalah bercucuk tanam.Tapi dia ni suka memancing. Pantang ada masa free, mesti dia pergi mancing punya.

Suatu hari tu ada la pengumuman dari pembesar istana bagitau kalau sesiapa ada jumpa
sehelai rambut yang panjang, kenalah kembalikan ke istana kerana rambut tu milik
Puteri Mayang Mengurai. Sebagai ganjarannya sesiapa yang ada jumpa ngan rambut tu
akan dikawinkan dengan Puteri Mayang Mengurai. Ini kerana semenjak kehilangan rambut
tu Puteri Mayang Mengurai selalu bersedih sehingga tak lalu nak makan.
Apatah lagi nak tidur.

Si Buyong pun mulalah pasang angan-angan yang puteri tu mesti cantik sebab sehelai
rambut aje hilang kecoh ke pelusuk negeri. On the way pergi mancing dia cuba bayangkan muka si Puteri Mayang Mengurai. Tanpa disangka, masa tengah mancing tu terlekatlah sehelai rambut yang panjang kat kaki si Buyong. Dia pun agak-agak ni mesti rambut Puteri Mayang Mengurai. Tanpa berlengah lagi dia bawa rambut tu ke istana.

Bila je berita si Buyong dah jumpa rambut Puteri Mayang Mengurai tu heboh sampai ke istana,baginda raja pun buat pengumuman yang si Buyong akan dikawinkan ngan Puteri Mayang Mengurai. Si Buyong buat permintaan nak tengok Puteri Mayang Mengurai. Dalam hati dia lawa gak puteri tu tapi dia pakai selendang tak dapatlah si Buyong tengok rambut dia yang panjang tu. Tapi sempat kembang hidung Buyung sebab dapat kawin dengan anak raja. Puteri Mayang Mengurai tu pulak bila nampak aje rambut dia yang sehelai tu terus lari.

Maka terlepaslah selendang yang menutup kepalanya. Bukan main terperanjat si Buyong sebab rambut Puteri Mayang Mengurai tu cuma 2 helai je. Yang dia jumpa tu rambut ketiga. Apalagi si Buyong pun jatuh pengsan...

Moral :- Jangan pandang seseorang tu pada rambutnya yang panjang sebab belum
tentu yg berambut panjang tu lebat rambutnya.


...........................................................

Perajurit dan komandannya. ..


Suatu hari seorang perajurit bersama komandannya naik kereta api menuju markas mereka diluar kota. Kerana tidak ada tempat duduk lain yang kosong, maka mereka pun duduk berhadapan seorang wanita muda cantik dengan neneknya.

Setelah beberapa lama, wanita muda dan perajurit itu saling menyukai satu sama lain.
Mereka pun sering jeling menjeling dan berkenyit mata untuk menunjukkan perasaan mereka. Tak berapa lama setelah itu, kereta api pun memasuki sebuah terowong. Keadaan menjadi gelap. Tiba-tiba terdengar suara ciuman yang diikuti oleh bunyi tamparan. Setelah kereta api tersebut keluar dari terowong, keempat orang tadi duduk
dengan tenangnya tanpa berbicara sedikit pun. Mereka sibuk dengan fikiran masing-masing.

Si nenek berfikir dan berkata kepada dirinya sendiri, "Sangat memalukan perajurit muda itu mencium cucuku, tetapi nasib baik cucu aku menamparnya."

Si komandan pula tenggelam dalam lamunannya. "Tak sangka anak buahku ini berani mencium gadis cantik itu, tetapiterbukti gadis cantik itu tak suka padanya. Buktinya dia menampar anak buahku, Tapi sayang, aku yang kena."

Gadis cantik itu pula berkata dalam hatinya, "Gembiranya aku kerana akhirnya perajurit tampan itu berani menciumku,malangnya nenek pulak menamparnya."

Si perajurit muda nampak tersenyum puas dengan muka penuh kegembiraan. Dia berkata kepada dirinya sendiri, "Hidup ini indah, aku bukan saja dapat mencium seorang gadis cantik, tetapi sekaligus menampar komandan sendiri."

He he he!

............................................................



Kisah pemuda miskin.....


Di sebuah kampung yang terpencil tinggallah seorang lelaki miskin bersama-sama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan pekahwinannya tetapi malang, kesemua seluar dalamnya telah berlubang-lubang kerana terlalu lusuh.

Kasihan melihatkan keadaan anaknya, si ibu membuatkan seluar dalam lelaki tersebut dengan menggunakan guni beras. Di malam pertamanya, isteri lelaki tersebut telah mati
terkejut. Cubateka kenapa?

Jeng... jeng... jeng....

sebab kat seluar dalam tu ada tulis
"Berat Bersih: 50kg"

........................................................................


Orang Asli vs Polis


nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, adalah seorang orang asli yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung.nak dijadikan kisah, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah orang asli tersebut...
kekedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya adalah sarang nyamuk.sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katilnya bagi melindunginya daripada nyamuk.

pada malam itu, datanglah polis tersebut ke rumah orang asli itu untuk berborak-borak. dicari-carinya orang asli itu tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah orang asli tersebut dari bawah katil.terkejut sipolis kerana orang asli tido kat bawah katil sedangkan dikatilnya ada kelambu. bertanyalah sipolis:

polis: awatnya tidoq bawah katil?
orang asli: saja....nak tipu nyamuk


.......................................................................



"Kisah dalam Kelas..

Dalam Kelas...mata pelajaran pendidikan islam hampir tamat...sebelum keluar... Ustaz pun menberitahu kepada murid2...

USTAZ: minggu depan kita akan belajar tajuk baru...jadi ustaz nak kamu
balik rumah nanti...baca ayat 287 surah Al-Baqarah.. .sebab ayat ni ada kena
mengena dengan tajuk baru kita nanti..



MURID2 : Orait ustaz!

Mingu depannya...MAta pelajaran pendidikan Islam..

USTAZ: Minggu lepas Ustaz Suruh kamu baca Ayat 287 Surah Al-Baqarah kan?saper yang dah baca ayat tu kat rumah?

RAmai Murid2 yang mengangkat tangan..ustaz pun tersenyum... lalu
berkata...

USTAZ : Saya tak percaya lah...

MURID2 : Betul ustaz...kami baca..

USTAZ : cuba kamu bukak Al-Quran..Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer...mana
ada ayat 287..harini kita akan belajar tajuk baru...dosa- dosa menipu...

MURID2 : alamak...kantoi kita.."


...............................................................



Askar laut....

Seorang tentera laut yang baru saja bertugas beberapa hari di sebuah kapal selam,
telah dipecat dari jawatannya atas tuduhan menenggelamkan kapal selam bersama
tentera laut yang lain... Ketika ditemuramah wartawan, dia mengaku tidak bersalah.

"Waktu kejadian kapal selam itu tenggelam, saya baru habis bertugas,
dan sedang bersiap untuk tidur.",
"lalu apa yang anda lakukan sebelum tidur?" tanya
wartawan.
"Ya seperti kebiasaan di kampung... saya akan buka jendela sebelum tidur....
Abis basah...!! ", jawabnya dengan tenang.

Thursday, October 23, 2008

cheese cake







resepi ni tokchik ambik di internet, dah dicuba pun. memang sedap




bahan A




250 cream chesee


50 gram butter


100 ml susu segar




bahan B


6 biji kuning telur


1 sudu makan jus lemon


1/4 sudu kecil garam


60gram tepung kek / superfine flour


20gram tepung jagung




bahan C


140 gram gula ------------ tokchik kisar guna blender kering


6 biji putih telur


1/4 sudu kecil krim tartar (boleh digantikan dengan 3/4 sudu kecil jus lemon)




cara-cara




menggunakan teknik double boiler cairkan/masak bahan2 A (tokchik guna kan kuali dan periuk biasa aja). bila cheese dah cair keseluruhan, mati kan api dan sejukkan.


bila dah betul2 sejuk, campurkan bahan A dan B sehingga sebati. jangan dipukul dengan "mixer" , gunakan sahaja sudip plastik (sudip yang digunakan untuk mengaul adunan kek)




dalam bekas lain, pukul putih telur bersama krim tatar sehingga gebu (foamy) selepasa itu masukkan gula, pukul lagi sehingga betul2 kembang / bertanduk (soft peak)


tokchik selalunya menggunakan periuk aja untuk memukul putih telur, kerana tindakbalas besi dengan putih telur semasa proses "memukul" telur memberikan hasil yang cantik)




gaulkan putih telur yang sudah kembang kedalam aduan yang dah digaul sebati, tuang kan kedalam loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas minyak




bakar selama 1 jam dengan suhu 160celcius menggunakan waterbath. tok chik buat dengan meletakkkan loyang yang dah berisi dengan bancuhan kek kedala loyang lain yang telah diisi dengan sedikit air












cheese cake

kuih kole kacang




teringat masa kecik2 dulu mak mertua arwah akak memang berjualan kuih. masa tu setiap jumaat di pekan labis........kami mengelarnya pasar minggu........konsepnya sama le seperti pasar malam sekarang ni, waktu tu makanan memang murah, masih sekeping 10 sen - 15 sen. mak ngah kae'dah gelaran pangilan kami untuk mak mertua arwah kakak. salah satu kuih jualan beliau adalah kuih kole kacang.........memang sedap...........




tokchik dok surf internet, mencari le resepi kuih nie, terjumpa le, resepi kepunya hanieliza........tokchik print out, kebetulan ari ni tok chik ada kesempatan, cari bahan2 yang diperlukan, maka tokchik mulakan operasi.........alhamdulillah..................resepi yang diberikan sememangnya tepat dan juga lengkap........bila menjamahnya............berbaloi tokchik mengacau dikuali.........walau tak sesedap yang dimasak oleh mak ngah kae'dah tapi masih tak jauh tersasar




tok chik nak kongsi le resepinya:






200 gram tepung kacang hijau - tok chik beli kat giant


150gram gula pasir


80 gram gula perang


1000ml santan dari sebiji kelapa




250ml santan pekat -----dimasak sehingga terbit minyak, orang kampung tokchik kata buat "tahi minyak"




caranya




gaulkan kesemua bahan diatas sehingga sebati


masak sehingga likat dan berkilat (lebih kurang 45 minit - 1 jam)


sejukkan didalam loyang dan taburkan "tahi minyak" diatas kuih


potong ikut saiz yang digemari dan hidangkan



p/s------- jangan ingat itu dodol, warna nya memang seakan sama sebab menggunakan gula perang






Saturday, October 18, 2008

cerita lawak 3

KONFLIK SUAMI DAN ISTERI


Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.
"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si Wahid.
Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik.
Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.
"Tidak!" jawab Minah.
"Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"


................................................................................................................................



Sengauuuu ke Sengallll


Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas
"Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
"kenapa awak diam tadi? kesian dia..."
Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!... ....."(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak



.........................................................................................................................


Soalan Bodoh, Jawapan Bijak.


BOY : May I hold your hand?
GIRL : No thanks, it isn't heavy.

GIRL : Say you love me! Say you love me!
BOY : You love me...

GIRL : If we become engaged will you give me a ring??
BOY : Sure, what's your phone number??

GIRL : I think the poorest people are the happiest.
BOY : Then marry me and we'll be the happiest couple

GIRL : Darling, I want to dance like this forever.
BOY : Don't you ever want to improve??

BOY : I love you and I could die for you!
GIRL : How soon??

BOY : I would go to the end of the world for you!
GIRL : Yes, but would you stay there??

SHARON : Have you ever had a hot passionate, burning kiss??
TRACY : I did once. He'd forgotten to take the cigarette out of his mouth.

MAN : You remind me of the sea
.WOMAN : Because I'm wild, romantic and exciting?
MAN : NO, because you make me sick.

WIFE : You tell a man something, it goes in one ear and comes out of the other.
HUSBAND : You tell a woman something, It goes in both ears and comes out of the mouth.

MARY : John says I'm pretty. Andy says I'm ugly. What do u think,Peter?
PETER : A bit of both. I think you're pretty ugly.

Girlfriend : "...And are you sure you love me and no one else ?"
Boyfriend : "Dead Sure! I checked the whole list again yesterday".

Teacher : "Which is more important to us, the sun or the moon?"
Pupil : "The moon".
Teacher : "Why?"
Pupil : "The moon gives us light at night when we need it but the sun gives us light only in the day time when we don't need it".

Teacher : "What do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?"
Pupil : "A teacher".

Waiter : "Would you like your coffee black?"
Customer : "What other colors do you have?"

sam "My father is so old that when he was in school, history was calledcurrent affairs".
Teacher : "Sam, you talk a lot !"
Sam : "It's a family tradition".
Teacher : "What do you mean?"
Sam : "Sir, my grandpa was a street hawker, my father is a teacher".
Teacher : "What about your mother?"
Sam : "She's a woman".

Tom : "How should I convey the news to my father that I've failed?"
David : "You just send a telegram: Result declared, past year's performance repeated".

Teacher : "Now, children, if I saw a man beating a donkey and stopped him, what virtue would I be showing?"
Student : "Brotherly love".

Teacher : "Now, Sam, tell me frankly do you say prayers before eating?"
Sam : "No sir, I don't have to, my mom is a good cook".

Patient : "What are the chances of my recovering doctor?"
Doctor : "One hundred percent. Medical records show that nine out of ten people die of the disease you have. Yours is the tenth case I've treated. The others all died".

Teacher : " Can anybody give an example of COINCIDENCE?"
One Student : "Sir, my Mother and Father got married on the same day and at the same time."

Teacher : " George Washington not only chopped down his father's Cherry tree, but also admitted doing it. Now do you know why his father didn't punish him ?"
One Student : " Because George still had the axe in is hand."



.........................................................................................................................

cerita lawak 2

kisah lawak ni juga copy & paste................


Najis Kocik, Najis Bosar

Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ni hari dia mungkin besok hari kita.Betul tak.

Masa zaman kami dulu tok imam tu tanya "ko orang islam nak kawin nak cuba tanya soalan sikit"
yang saya ingat. :-
a) Cuba Mengucap
b) Apa rukun dan fardunya.

Berpeluh juga BEB.
Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama.
Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.
Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya.
Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.....
Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima".
Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi.
Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.
Tok kadi tanya lagi contoh najis besar,
mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu...bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi....
tok kadi mula senyum...
Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar.
Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.
Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ...taik gajah... besar betul..nak2 bila gajah makan durian.


.......................................................................................................................................................

lu apa nama

Kisah merapu ni berlaku nun di utara semenanjung, senang cakap di Penang la pada tahun 30an. Seorang warga emas tapi ada anak kecik pergi ke Pejabat Pendaftaran untuk membuat sijil kelahiran anaknya. Pakcik ni tak tau langsung untuk menulis dan membaca. Bertugas padahari itu ialah seorang kerani keturunan India.
Kerani : " Apa nama mau taruk? " Lelaki : " ramlee "
Kerani : Ayo..yo, ini cantik punya nama ! Itu macam kalo mau kasi eja cantik-cantik juga. Sudah besar nanti boleh jadi 'filmstar'. Pakcik boleh eja kah nama anak?"
Lelaki : Saya tak tau menulis, ikut suka hati encik lah mau taruk macam mana !
Kerani : Amacam kalo saya eja R.A.M.L.E.E.
Lelaki : Bubuh 'pi' lah. Saya tak ada hal"
Lalu kerani tu pun menulis P. RAMLEE.


.......................................................................................................................................................

kekasih yg berubah

Azura dan Zack bersahabat sejak dari kecil.. Azura dan Zack saling cinta mencintai.. Setelah Besar... Zack melanjutkan pelajaran ke US dan Azura hanyalah seorang penganggur.. Tetapi mereka terus berhubung surat dan telefon..hinggalah 2 tahun kemudian... Zack tidak lagi menghantar sebarang berita... Azura bersedih dan selalu berdoa agar hati Zack tidak berubah...

Setelah lebih 5 tahun... barulah Zack mengirimkankan satu surat dan minta agar Azura menjemputnya di Lapangan Terbang... Azura sangat gembira dan merasakan Zack masih menyintainya. .. Semasa menunggu Zack di lapangan terbang... Tiba-tiba bahu Azura di tepuk seseorang. Dan ternyata orang itu adalah seorang gadis yang putih, tinggi, seksi dan berbaju biru ketat.
"Kamu Azura kan ?" tanya gadis Cun itu...
lantas menyambung.. . "Kenalkan aku Zakiah... .! Aku ingin memberitahu bahawa engkau tidak akan bertemu lagi dengan Zack. Lupakanlah dia.... .." tegas gadis tersebut
Azura pucat dan hendak menangis... "Pompuan tak guna.. dah kau rampas Zack dari aku.. kau sakitkan hati ku lagi... " marah Azura..
Tiba-tiba gadis itu tersenyum dan menepuk bahu Azura dan berkata... . "Bawa bertenang... ini akulah .... .Zack!!! nama baruku Zakiah."
Auwwww... ." kwang,kwang, kwang... ... ... ...


..............................................................................................................................................

Mahkamah

Di sebuah mahkamah. Mangsa iaitu seorang perempuan sedang menceritakan kejadian menimpa beliau di mahkamah berkaitan dengan satu kes rogol.
Dia berkata mula-mula lelaki tersebut menyelak kain saya. Dia menarik seluar dalam saya. Dia memeluk saya dengan sepenuh hati. Dia menanggalkan baju saya dan menarik coli saya.Masa itu saya dapat rasakan anunya menegang.Memang keras..Dia meramas buah dadah saya. Dia menghisap buah dada saya. Dia cuba memasukkan anunya dalam kemaluan saya.
Tiba-tiba hakim yang mendengar kes tersebut mengetuk tukul dengan kuat.
Semua pihak termasuk saksi terkejut.
Hakim tersebut seraya berkata: Cukup la tu... saya dah stim dah ni..


.....................................................................................................................................


Khasiat telur separuh masak

AzizdanAni membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.
Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."
Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.
"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.
"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayahkau punye", kata emaknya.



..................................................................................................................................


ILANG WET


Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.
Guru : "Kenapa menangis?"
Anak : "Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu" (jawabnya sambil menangis)
Guru : "Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit."
Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat.
Cikgu pun menjadi lebih hairan.
Guru : "Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit."
Anak : "Iya Cikgu...tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit."
Guru : "??!!!"




....................................................................................................................................................

Friday, October 17, 2008

kek cokelat kukus


KEK COKLAT KUKUS

1 1/2 BIJI BUTTER (250 GM + 125 GM)

2 CAWAN GULA HALUS

1 TIN SUSU CAIR

4 BIJI TELOR

2 CAWAN TEPUNG GANDUM

1 CAWAN KOKO

1 SUDU TEH BAKING POWDER

1 SUDU TEH SODA BIKARBONAT

1 SUDU TEH ESEN VANILLA


cara-caranya

CAIRKAN BUTTER DLM PERIUK,

KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR, ESEN VANILLA DAN GULA,

KACAU PERLAHAN HINGGA SEMUA HANCUR DAN SEBATI.

kEMUDIAN TUTUP API DAN BIARKAN ADUNAN SUAM.

SELEPAS ITU MASUK TELUR YG TELAH DIPUKUL DAHULU KEDALAM ADUNAN.

SATUKAN DAN AYAK TEPUNG, KOKO, BAKING POWDER DAN SODA BIKARBONAT, KEMUDIAN CAMPURKAN SEMUA BAHAN KERING KEDALAM ADUNAN TADI.

KACAU SEBATI HINGGA RATA KEMUDIAN KUKUS SELAMA 1 1/2 JAM.(ACUAN HENDAKLAH DI SAPU MINYAK KEMUDIAN DI LAPIK DENGAN KERTAS MINYAK SUPAYA SENANG UNTUK DIKELUARKAN KEK DARI ACUAN NANTI. DAN JUGA TUTUP PERMUKAAN ACUAN KEK DENGAN FOIL PAPER SUPAYA AIR KUKUSAN TIDAK JATUH KE ATAS KEK.)
reseoi ni di cilok dari cari.com...........memang best

Wednesday, October 15, 2008

geli-geli otak

cerita lawak ni semua copy and paste ja




Kisah temuduga setiausaha

Seorang pengarah sebuah syarikat sudah mendapatkan Sekretari yang diinginkan, lalu beliau menugaskan stafnya Budin untuk meneruskan baki temuduga dengan calon-calon yang masih ada... Pengarah tersebut mengarahkan Budin menolak semua calon yang tinggal.
Dengan yakinnya Budin melaksanakan tugasnya. Satu persatu calon dipanggilnya.
Budin : "Kamu memohon sebagai apa?"
Calon 1 : "Sekretari"
Budin : "Kamu merasa cantik ke tak?"
Calon 1 : "lebih kurang macamtu la"
Budin : "Permohonan Kamu tidak diterima."
Calon 1 : "Sebabnya?"
Budin : "Nanti pekerja disini akan jatuh cinta pada kamu dan berlaku perkara tak elok... "
Calon 1 : "Sebenarnya saya merasa tidak cantik"
Budin : "Makin lah saya tidak terima."
Calon 1 : "kenapa pulak ?"
Budin : "Buat sakit mata aje"
Calon berikutnya...
Budin : " Kamu ada pakwe?"
Calon 2 : "Ada.."
Budin : "Di mana?"
Calon 2 : "Di luar negeri."
Budin : "Permohonan Kamu tidak diterima."
Calon 2 : "Alasannya?"
Budin : "Nanti kamu hanya bermain telefon dengan pakwe.. dan bil melambung"
Calon 2 : "tapi Minggu depan pakwe saya sudah pulang."
Budin : "Makin lah saya tidak terima."
Calon 2 : "Alasannya?" Budin : "Laa.. nanti kamu selalu ponteng untuk berjumpa pakwe kamu.

........................................................................................................................................................


Suami Kedekut

Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya seorang yang kedekut.Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5000 dari poketnya lalu berjalan ke arah cermin."Awak tengok wang yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin..."Awak ambil yang itu.. dan yang diluar cermin ini.. adalah wang saya!"
Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan.
Lalu ia bertanya kepada isterinya,"Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?"Isterinya tidak menjawab... dan terus menarik tangan suaminya masuk kebilik.Di dalam bilik.. suaminya mengulangi pertanyaannya.. lalu si isteri pun menanggalkan semua pakaiannya dan berjalan ke depan cermin.."Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin..."Itu adalah kepunyaanmu... dan yang diluar cermin ini pula adalah kepunyaan penjual satey ini !"


........................................................................................................................................................


Cerita Bulan Madu


Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. CT, SERI, MURNI dan SURI.
Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.CT berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman, MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.
Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat”.
Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis “KFC”.
Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis “HINGGA MENJILAT JARI”. Berbahagialah si CT tu rupanya kata mereka.
Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis “PEPSI”. Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis “NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR”. Bahagia juga si SERI rupanya.
Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang bertulis “STANDARD CHARTERED”. Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu “BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!”.“Bahagianya si MURNI tu bang,” kata Mak Minah pada Pak Mat.
Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran dari SURI. 2 minggu, tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya yang bertulis “AIR ASIA”. Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.“Bahagia ke si SURI tu bang?” tanya Mak Minah pd Pak Mat.“Ntah…” jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.“APA MOTTO IKLAN TU” tanya Mak Minah lagi.Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap “7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!”


........................................................................................................................................................

klu ada bini mengandung, mesti baca ni...

Pilihan nama jawa yang bagus2diperturun kan.
Kalau kawin dgn Jawa,eloklah guna nama ini untuk anak...
Pilihlah yg anda berkenan:-
Pandai tanam bunga, diberikan nama -Rosman.
Pandai membaiki kereta, namakan -Karman
Avera ge dalam golf - Parman
Pandai dlm penulisan - Suratman
Gagah perkasa - Suparman
Boleh mendengar sambil berjalan -Wakiman
Selalu bertanya - Azman (loghat jawabunyi Asman)
Pandai buat kuih - Paiman
Pakar jualan - Salman
Pakar pasal alam sekitar - JASman(Jab. Alam Sekitar)
Pandai melukis, tulis sajak, nyanyilagu - Saniman
Doktor gigi - Sugiman
Supaya cepat naik pangkat - Yasman
Bakal kaki pukul dan dera orang -Deraman
Yang ada darah Bengali - Manbai
Pandai organise skim cepat kaya -Pakman (Te' Lo)
Mat rock - Rokman
Jadi polis trafik - Saman
Pakar kunci - Lokman
Baik budi pekerti - Budiman
Ada lagi... ..
Buat kerja ala kadar - A. Kadarisman
Suka bagi orang susah - Sukarman
Suka mengada-ngada - Ngadiman
Dua alam - Herman
Paling tak guna - Koman
Selalu sakit - Deman
Kalau yang kuat berlawan - Ultraman
Yg suka main daun terup poker -Pokemon
.........................................................................................................................................................

AH BENG STORY

Ah Beng - NEW STUFF ****************************

Ah Beng bought a new mobile.He sent a message to everyone from his Phone Book & said,"My Mobile No. Has changed.Earlier it was Nokia 3310. Now it is 6610"

Ah Beng : I am a Proud, coz my son is in Medical College.Friend: Really, what is he studying.Ah Beng: No, he is not studying, they are Studying him.

Ah Beng : Doctor, in my dreams, I play football every night.DR: Take this tablet, you will be ok.Ah Beng : Can I take tomorrow, tonight is final game.

Ah Beng : If I die, will u remarry?Wife: No! I'll stay with my sister. But if I die will u remarry?Ah Beng : No, I'll also stay with your sister.

Ah Beng : People consider me as a "GOD"Wife: How do you know??Ah Beng : When I went to the Park today, everybody said,Oh GOD! U have come again.

Ah Beng complained to the police: "Sir, all items are missing,except the TV in my house."Police: "How the thief did not take TV?"Ah Beng : "I was watching TV news..."

Ah Beng comes back 2 his car & find a note saying "Parking Fine"He Writes a note and sticks it to a pole "Thanks for complement."

How do you recognize Ah Beng in School?He is the one who erases the notes from the book when the teacher erasesthe board.

Once Ah Beng was walking he had a glove on one hand and not on other.So the man asked him why he did so. He replied that the weather forecastannounced that on one hand it would be cold and on the other hand it would be hot

Ah Beng : Why are all these people running?Man - This is a race, the winner will get the cupAh Beng - If only the winner will get the cup, why others running?


teacher: "I killed a person" convert this sentence into future tenseAh Beng : The future tense is "u will go to jail"

Ah Beng told his servant: "Go and water the plants!"Servant: "It's already raining."Ah Beng : "So what? Take an umbrella and go."

A man asked Ah Beng why Ahmad Badawi goes walking in the Evening and notin the morning Ah Beng replied Ahmad Badawi is PM not AM

.....................................................................................................................................................


How do you know he's still a virgin?

A very 'straight and honest' girl is going to Kuala Lumpur . Before she left, her mother gave her some advice.Daughter, when you're in KL and if you're looking for a match there, you must take note of the following the requirements Mother set for you.
You must find a man that is'faithful', not 'spendthrift' and must be a virgin'. With these advice from her mother, the girl went to Town.
After some months later, she came home to her kampung to get hermother's blessings to marry. "Mother, I've met my match following your instructions. My futurehusband is faithful because when we went out for a holiday one day, he took care of me specifically even though there were so many prettier girls around". Isn't that being faithful?".
Her mother nodded in agreement."Then, since the day was getting late in the night and rain was pouring, my boyfriend decided that we stay the night at a hotel.He also suggested that in order not to spend too much, we shared oneroom only". "Isn't he not spendthrift guy?"
For the second time her mother nodded her head in agreement, but with a little concern."And finally mum..., I know he is a virgin"."How did you know he is still a virgin?" The mother asked.MMM...his 'that one' is still New......wrapped up in plastic, mum!"


..................................................................................................................................................


Hidangan Istimewa Makan Malamnya...


Suatu pagi ketika seorang suami hendak berangkat ke tempat kerjanya..
Suami : "Ayg.. abang pergi dulu ya"
Isteri : "Abang tak sarapan dulu?"
Suami : "Tidak.. abang nak cepat nie!"
Lalu sisuami mencium bibir isterinya dengan mesra danberkata "inilah sarapan pagi abang"
Tengaharinya. . si suami pulang kerumah..
Isteri : " Ada apa abang balik kerumah tengahari ni?"
Suami : " Ada sesuatu yang tertinggal"
Isteri : Marilah makan tengahari dulu"
Suami : "Tak pe lah.. abang nak cepat nie"
Lalu dengan mesranya sisuami menghampiri isterinya dan mencium "dadanya" sambil berkata "inilah makan tengahari abang!"
Petangnya.. ketika si suami pulang dari kerja dia terkejut melihat isterinya yang duduk tanpa pakaian diatas periuk nasi yang panas membara..lalu bertanya..
Suami : "Awak sedang buat apa tu?"
Isteri : "panaskan makan malam bang!"

........................................................................................................................................

ayat lepas kawen


Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuah
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin panggilan untuk U
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

pantun


molek sungguh budaya kita orang melayu, ada tertibnya, ada sopannya, dulu-dulu kalau dimajlis pertunangan pasti akan disulami dengan pantun untuk menzahirkan hajat yang terpendam, pantun melayu ni juga ada kepelbagaiannya, ada pantun nasihat,a da pantun jenaka,ada pantun menyindir, orang tua2 dulu, kalau nak menegur selalunya secara berlapik, supaya yang ditegur tu tak terlalu terusik hatinya dan yang mustahak masej yang nak disampaikan tu diterima.


tokchik teringat masa majlis perkahwinan anak saudara tokchik, sebagai ketua rombongan, tok chik terpaksa berpantun, mengelabah juga masa tu nak mencari idea. tokchik nak berkongsi le beberapa pantun yang tokchik tau, sesekali berpantun nie seronok juga


gemersik merdu irama bertingkah

pesona gemalai insan terdiam

lembut gigi meningkah lidah

mungkinkah musang bertuankan ayam


durian sepangsa dari melaka

dimakan orang ditengah laman

balasan dosa anak durhaka

hidup tak pernah merasa aman


berlabuh kapal tepi jambatan

jual garam bersukat cupak

cela orang jadi umpatan

aib sendiri haram tak nampak


pergi kenduri rumah tok hakim

hujan panas berderai-derai

sudah datang air talkin

baru kasih kita bercerai


berkilat-kilat cahaya gelang

gelang perhiasan tengku ampuan

hajat ayam ditengah gelangang

disambar helang atas pangkuan


berbunyi meriam ditengah kota

orang belanda kalah berperang

haram kanda berhati dua

cinta kepada adinda seorang


duri ijok perangkap sotong

diletak orang diatas sabut

dikerat tujuh badan dipotong

namun tuan tetap ku rebut


kapal ajiman dari cina

singgah bermuat papan jati

amal iman biar sempurna

agar tidak sesat dihati


apa guna pelita minyak

sumbu kain berjurai-jurai

apa guna harta banyak

kalau teringin hajat tak sampai


asam kandis asam gelugur

ketiga asam siriang-riang

menangis roh dipintu kubur

teringat badan tidak sembahyang


pergi ke pulau menggali ubi

singah kebeting dilayar juga

berkali-kali kita berbudi

kalau miskin terbuang juga


selendang jarang renda berjurai

baju kurung sulam berbiku

hancur daging tulang berkecai

belum hilang sakit hati ku










rumah ku....duniaku





































diam tak diam dah 8 tahun tokchik dok diklang ni, rasanya seperti baru aja tokchik tercampak kesini........mula-mula berpindah kesini tokchik dah memasang angan-angan dah bercita-cita untuk memiliki kediaman sendiri. alhamdulillah, diberikan kesempatan untuk tokchik mencapai hajat dan cita-cita tokchik.
















walaupun tak sehebat mana, walaupun tak segah mana, tokchik tetap berbangga, dah tak perlu nak menyewa, walaupun setiap bulan mengeluarkan sejumlah wang untuk bayaran bulanan rumah, yang pasti ianya menjadi milik tokchik berbanding kalau menyewa.
















tokchik mengamalkan konsep tatarias yang mudah dan sederhana untuk rumah tokchik. tok chik tak nak menyemakkan rumah yang kecik ni dengan perabut yang akan membuatkannya nampak berserabut.
















Monday, October 13, 2008

kuih lapis


tokchik dok menghadap komputer tadi, sambil menyusuri internet secara tak sengaja tokchik ternampak le resepi kuih lapis. ingat masa kecik2 dulu, bila arwah bonda atau kakak yang sulung (tokchik pangil dia wak emon aja..hehehe) buat kuih lapis ni. cara tokchik bila makan kuih ni, tokchik akan koyakkan selapis demi selapis, kalau orang kampung tokchik cakap .... SOYAT...... di soyat satu-satu,

bila ada resepi, tokchik jenguk2 le barang-barang kat dalam kabinet tu, tengok2 ada pula bahan2 yang diperlukan, apa lagi.........operasi kuih lapis bermula.........

tok chik perturunkan le resepinya


2 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung beras

2 sudu besar tepung jagung

1 cawan gula-------- kurang kan kalau tak nak terlalu manis

secubit garam

5 cawan santan dari 1 biji kelapa ----


tok chik blander aja bahan2 tu, jadi semua nya rata dan sebati tak bergentel2, tak le jenuh nak menggodak nya


bahagikan kepada 2 atau tiga bahagian, warna kan ikut suka, dah di panaskan pengukus, lenserkan loyang dengan sedikit minyak supaya kuih tu tak melekat,

bila air dah mendidih, mulakan operasi melapisnya..........

ni le gambar kuih lapis yang tokchik buat....... panas lagi.........masih didalam kukusan





Sunday, October 12, 2008

sesak oh sesak











semalam tok chik nak ke kl, bila mula melepasi pusat bandar klang, jalan menuju ke kuala lumpur menjadi begitu sesak, merangkak-rangkak macam kura-kura sakit kaki, waktu tu baru lepas hujan lebat. rupa-rupanya, jalan jadi sesak bila pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing, sekadar untuk melihat kerja-kerja pembersihan pokok tumbang ditepi jalan menghala ke kuala lumpur, lebih tepat lagi berhampiran susur keluar menghala ke jaya jusco bukit raja......




kunci kereta........kereta terkunci


bila di ingat....... terasa geram, terasa lucu, kisah nya terjadi pada tarikh 11-10-2008, pulang daripada menghadiri rumah terbuka teman, kami berhenti sebentar di bandar klang, tokchik nak ke bank sekejap..........nak mengisi semula kantong yang kosong dengan mengosongkan kantong yang lagi satu..


bila kereta yang dipandu kawan tokchik berhenti didepan bank, tokchik pun buka pintu untuk turun, kawan yang memandu tu pun kata nya nak turun sama, jadi tokchik cakap pada kawan yang duduk dibelakang, suruh dia tunggu di kereta dan jangan lupa kunci pintu dari dalam


nak jadi cerita, bila sipemandu kereta tu turun, dia terus tekan punat kunci, tampa kami sedari teman yang duduk dibelakang pun turun sama, si pemandu tutup pintu kereta, dia pun melolos turun dan menutup pintu belakang pada masa yang sama


"alamakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk............." si pemandu menjerit, tokchik tanya " mengapa......." jawab sipemandu" pintu dah terkunci dari dalam", kami serentak menghalakan pandangan kearah azman, dian mempamirkan muka serba salah.


nasib baik ada bengkel kereta berdekatan, adi langsung meminta pertolongan makenik yang ada untuk "unlock" kerete tu. setelah berpeluh-peluh lebih 30 minit, akhirnya berjaya juga pintu kereta tu dibuka semula. ternampak reaksi kelegaan diwajah tokchik, azman dan adi. Rm 50.oo sebagai upah.


Thursday, October 9, 2008

raya dulu raya sekarang 2

dulu2, setelah seminggu berpuasa, arwah bonda akan mula menjemur tepung dan juga gula, menurut kata bonda, ia nya bertujuan untuk memastikan tepung dan gula berkenaan benar2 kering sebelum di buat kuih.

kebiasaanya, seminggu sebelom raya menjelma, sessi membuat kuih akan bermula, kuih yang arwah bonda mula2 akan buat ada lah kuih baulu........awal pagi dah mula "memukul" telor bersama gula, kalau di kampung tok chik, depa kata "menghencap telur". berjam2 masa diperuntukan untuk "menghencap telur" tu sehingga benar2 telah kembang,

orang dulu2 kalau membuat/membakar baulu menggunakan acuan tembaga. dibawah guna kayu api/tempurung kelapa, di atas nya menggunakan sabut kelapa, sebab itu lah 2 / 3 bulan sebelom raya orang perempuan di kampung tok chik masa tu dah mula mengumpulkan sabut kelapa.

tok chik rajin menjenguk kalau arwah bonda mula membakar baulu, harum bau nya menikam kalbu, menggoda jiwa, pantang nampak terhitam sedikit, laju aja tangan mencekup masuk kemulut, seiring laju teriakkan bonda " bertuah punya anak.....tak puasa ke" masa tu tok chik dah mencicit lari.........waktu tu tok chik masih slim lagi.......zaman2 anak teruna sunti.....hahaha

tetapi kuih baulu bonda memang besttttttttttttttttt...........

raya dulu raya sekarang

dulu-dulu kemeriahan nak menyambut raya amat terasa, mula aja puasa dah mula menghitung hari bila lah agaknya raya akan menjelma, zaman tok chik kecik-kecik dulu semua nya berdebar menanti pengumuman utk raya, tak seperti sekarang yang dah boleh di agak bila menjelma nya hari raya. kalau keesokkannnya tak jadi raya tak apa lagi tetapi jikalau diumumkan esok raya tak ke haru jadinya.

masa tok chik kecik-kecik dulu, mana le ada kemudahan bekalan letrik di rumah tok chik, tak mcm sekarang, beli siap2 kesemua barang yang diperlukan, sumbat aja dalam peti sejuk. kalau le terjadi kes sebegitu, malam tu kelam kabut menyerbu reban ayam....... kiok......kiok.......kiok.........riuh rendah ayam terjaga dari lena sambil dalam hati berdoa " jangan le aku jadi mangsa dimalam raya ni"..........heheheheheh

malam2 hari arwah bapa mengasah pisau, tok chik memang selalu jadi tukang pegang ayam untuk disembelih, kekadang tok chik jahat, tok chik cekik leher ayam tu kuat2, jadi bila dah si sembelih dan dilepaskan ke tanah, ayam tu akan tegak dengan darah berjurai di leher sebelum terpusing2 menantikan nafas terakhir nya habis .

di dapur arwah bonda dah menjerang air seperiuk, nak mencelur ayam kalau tak susah nak dicabut bulu2 nya, pernah tok chik cakap kat arwah bonda......." apa kata kita togelkan aja ayam ni, buang kulit nya tak perlu nak cabut bulu2 nya yg bnyak dalam gelap malam" dengan tegas bonda berkata " kalau kau nak makan jangan banyak songel, buat aja le" bergotong royong le kami adik beradik .

dulu2 mana ada kemudahan macam sekarang, blander le, barangan yang dah siap segala tingal di lebur kedalm kuali aja, semua nya kena disediakan. kelapa kena parut sendiri, kalau tak pun kena le dikukur, rasa nak tercabut tangan memarut kelapa, silap2 boleh tercalar jari dengan torehan mata parut.

mana nak membuat kerisik nya lagi, nak menumbuk segala bahan2 /ramuan masakan........ada masa nya menggiling, semuanya mengambil masa, tapi yang pasti hasil nya memang sedappppppppppppp.........

Tuesday, October 7, 2008

mak itam puaka

dia nie memang sesuai dengan gelaran yang di berikan
dia bukan nya jahat atau jenis mulut lahanat, cuma sebagai tenaga pengajar disebuah kolej, dia ni terkenal dengan kelantangan bila bersuara........sebatu org boleh dengar bila dia mengamuk dengan pelajar-pelajar yang degil...........melengking-lengking suaranya.........kalah suara ziana zain yang dah terkenal nyaring nya tu...........adibah noor tak usah cita le...........hujung kuku dia aja........................ dah le terkenal kerana keayuan dan kejelitaannnya, ditambah dengan vokal sopranonya.......ning bazura pasti pengsan kalau dengar.................hidup mak itam........tok chik tau.......kau pasti geram bila baca blog tok chik nie..............mak itam ouaka ni terkenal dengan trade mark dia............belasah aja bang..................hahaha...................hidup mak itam

pelita buluh


pasti ramai yang menonton cerekarama d tv3 ---pelita buluh.......lakunan hebat ogy ahmad daud, fahrin, azean irdawaty (boleh terlihat beban kesakitan akibat barah yang dihidapinya), azizah mahzan (berikan apa saja watak, dia mampu menghidupkannya). orang selalu berkata, stesen tv di malaysia ni asyik menyiarkan cerita sedih aja musim raya ni, patutnya raya untuk berseronok, biar le memainkan cerita yag mengembirakan dengan gelak tawanya......tapi setiap daripada kita kan ada pendapat dan keinginan sendiri. rashid sibir memang pengarah yang kreatif, yang best nya masa scene nasib bilal khan dok atasa katil sambil memainkan piring hitam.........best sangat lagu nya.......nora.........terasa menusuk ke kalbu. tok chik pun apa lagi cepat-cepat pergi ke komputer, klik kat ARES.... mencari lagu tu. ..... hampa rasa nya sebab tak dapat. bila tok chik belek-belek dalam senarai koleksi lagu-lagu dj dave, ada terselit lagu tersebut.................tersenyum gembira tok chik


nora.........nyanyian dj dave.....penggubah nya.datuk ahmad nawab



nora

engkau pujaan hati ku

dara lambang kasih penghubung rindu

bagaikan nada berangkai lagu

umpama bunga seri bermadu


nora

sinar matamu redup murni

seperti sinaran matari pagi

lesap mendamba kedalam hati

melukis irama kasih nan suci


andai nya engkau melati

wajah mu berseri

andai nya aku irama lagu ku untuk mu

walau pun aku tiada di dunia ini

lagu ku kan jadi teman mu selalu


nora

engkau lah dewi ilham ku

nora

kasih mu pembawa layu




sincan

dah masuk 5 tahun dah umur dia, dah mula ketadika. mak dia selalu merungut............" amar ni lasak nya" tapi walau selasak manapun si amar ni, mak dia tetap maintain "comel dan gebu"
nama dia amar faiz bin amli, tapi disebabkan masa angah mengandungkan si amar ni, ayah dia........ cik am (pangilan manja angah kepada suami nya) suka sangat menonton kartun sincan, haaaaaaa........bila dah lahir........budak ni ada "terkenan" dengan perangai si sincan. ..........jadi tok chik dengan rela hati dah menukar nama dia daripada amar faiz menjadi SINCAN..................
petah bercakap, mulut macam bertih goreng, berani dengan siapa sahaja..........tapi yang best, dia ni bijak, minda nya cergas, mudah ingat setiap pekaran baru yang di lihatnya,
bila tok chik pangil dia " sincan, tolong tok chik ambil barang tu kejap" tau apa jawab nya " nama saya bukan sincan, nama saya amar faiz" tapi yang kelakar nya tu, bila di pangil " sincan, jom ikut tok chik ke kedai" laju aja dia bangun mengejar.

pantasnya masa berlalu

dok membelek gambar-gambar lama yang ada dalam simpanan, tetiba hati dibuai sayu, memaori semalam menjelma kembali. terimbau kenangan dengan orang yang tersayang, terkenang memori bersama kedua orang tua yang telah pun kembali menghadap illahi, pilu meruntun jiwa, pedih menggoncang hati, duka bersarang di kalbu.........
tak terasa masa berlalu terlalu pantas, usia semakin meningkat, anak-anak saudara yang dulu "bersusun" mengekori kemana sahaj aku pergi kini dah semakin dewasa, dah berkerjaya bahkan dah memiliki keluarga sendiri. jarak, masa, tuntutan kehidupan membuatkan kita semakin jarang bersua, hanya sms atau pangilan telefon yang menghubungkan kita semua. sesekali sampai berita....." pakcik......tok long dah meinggal", "pakcik ........ujang dah nak bertunang", "pakcik.....sincan dah nak dapat adik lagi". dalam keluarga, anak-anak sedara aku memangil aku dengan gelaran "pakcik", tapi sincan dan adik nya memangil aku dengan gelaran "tok cik" dan itu lah ganti nama yang akan aku guna kan selepas nie...... TOK CIK.......

arghhhhhhhhhh......mata tak nak lelap

aku tak tau mengapa
dah puas bergolek ke kiri dan kanan
dah puas mencuba petua
namun mata ni memang langsung tak nak bekerja sama
bahkan menjadi semakin segar
bangkit dari katil, dengan langakh lesu, aku menuju kedapur, membuka peti sejuk, mencapi botol air lalu menuang kan kegelas.
" guk........guk..........guk..........guk" terasa kedinginan air yang meluncur laju menuruni batang tenggorok ku. ku letakkan gelas, duduk bersandar di sofa, ligat aku memikir kan apa punya nya mata ni berdegil tak mau tidur. rasanya aku tak ada minum minuman berkafein hari ini, mungkin kerana tadi aku dah terlajak masa untuk tidur. senang cakap dah terkeluar daripada jadual waktu tidur aku. ini le akibat nya

Followers