aku tak tau mengapa
dah puas bergolek ke kiri dan kanan
dah puas mencuba petua
namun mata ni memang langsung tak nak bekerja sama
bahkan menjadi semakin segar
bangkit dari katil, dengan langakh lesu, aku menuju kedapur, membuka peti sejuk, mencapi botol air lalu menuang kan kegelas.
" guk........guk..........guk..........guk" terasa kedinginan air yang meluncur laju menuruni batang tenggorok ku. ku letakkan gelas, duduk bersandar di sofa, ligat aku memikir kan apa punya nya mata ni berdegil tak mau tidur. rasanya aku tak ada minum minuman berkafein hari ini, mungkin kerana tadi aku dah terlajak masa untuk tidur. senang cakap dah terkeluar daripada jadual waktu tidur aku. ini le akibat nya
No comments:
Post a Comment