selesai dispa ikan, tok chik merayau lagi, menyinggah le ke MYDIN, dalam melilau mencari barang yang hendak dibeli, tokchik terdengar perbualan diantara si ibu dan 2 orang anak lelakinya, kalau tak salah tokchik budak tu 1 orang berumur sekitar 14 tahun dan adik nya lebih kurang 11 tahun.
"mak, ngapa tulis jamu serapat, apa yang nak di kasi rapat" tanya sianak yang berumur 14 tahun.
" mana bang, mana dia tulis jamu rapat, adik nak tengok bang" tingkah siadik.
tokchik dok pasang telinga, "macam best aja perbualan nie"
si ibu buat tak peduli, sianak mungkin kerana tak berpuas hati sebab soalannya tak berjawab, mengulangi semula pertanyaan tadi.
mungkin kerana tak tau bagaimana nak menjelaskan kepada sianak kegunaan jamu tersebut si ibu memberikan jawaban "sibuk betul budak nie, dah letak balik"
terkebil-kebil sianak bila diherdik. si ibu pulak menjadi serba salah sebab tokchik dah mula tersenyum sumbing.
apa yang tokchik lakukan, " dik, ni ubat untuk orang perempuan, bagi mereka yang dah berkahwin, ubat untuk bahagian dalaman wanita, tak pa ......esok2 bila kamu dah besar kamu akan faham"
pada pendapat tokchik, sebagai ibubapa, kita tak perlu malu/segan untuk menjelaskan sesuatu pekara yang ada kaitan dengan "alam dewasa" sebab penerangan yang jelas dapat membantu anak2 memahami jadi mereka tidak akan membuat andaian sendiri.
No comments:
Post a Comment