dah masuk 5 tahun dah umur dia, dah mula ketadika. mak dia selalu merungut............" amar ni lasak nya" tapi walau selasak manapun si amar ni, mak dia tetap maintain "comel dan gebu"
nama dia amar faiz bin amli, tapi disebabkan masa angah mengandungkan si amar ni, ayah dia........ cik am (pangilan manja angah kepada suami nya) suka sangat menonton kartun sincan, haaaaaaa........bila dah lahir........budak ni ada "terkenan" dengan perangai si sincan. ..........jadi tok chik dengan rela hati dah menukar nama dia daripada amar faiz menjadi SINCAN..................
petah bercakap, mulut macam bertih goreng, berani dengan siapa sahaja..........tapi yang best, dia ni bijak, minda nya cergas, mudah ingat setiap pekaran baru yang di lihatnya,
bila tok chik pangil dia " sincan, tolong tok chik ambil barang tu kejap" tau apa jawab nya " nama saya bukan sincan, nama saya amar faiz" tapi yang kelakar nya tu, bila di pangil " sincan, jom ikut tok chik ke kedai" laju aja dia bangun mengejar.
No comments:
Post a Comment