Tuesday, October 7, 2008

pantasnya masa berlalu

dok membelek gambar-gambar lama yang ada dalam simpanan, tetiba hati dibuai sayu, memaori semalam menjelma kembali. terimbau kenangan dengan orang yang tersayang, terkenang memori bersama kedua orang tua yang telah pun kembali menghadap illahi, pilu meruntun jiwa, pedih menggoncang hati, duka bersarang di kalbu.........
tak terasa masa berlalu terlalu pantas, usia semakin meningkat, anak-anak saudara yang dulu "bersusun" mengekori kemana sahaj aku pergi kini dah semakin dewasa, dah berkerjaya bahkan dah memiliki keluarga sendiri. jarak, masa, tuntutan kehidupan membuatkan kita semakin jarang bersua, hanya sms atau pangilan telefon yang menghubungkan kita semua. sesekali sampai berita....." pakcik......tok long dah meinggal", "pakcik ........ujang dah nak bertunang", "pakcik.....sincan dah nak dapat adik lagi". dalam keluarga, anak-anak sedara aku memangil aku dengan gelaran "pakcik", tapi sincan dan adik nya memangil aku dengan gelaran "tok cik" dan itu lah ganti nama yang akan aku guna kan selepas nie...... TOK CIK.......

No comments:

Followers