Thursday, October 23, 2008

cheese cake







resepi ni tokchik ambik di internet, dah dicuba pun. memang sedap




bahan A




250 cream chesee


50 gram butter


100 ml susu segar




bahan B


6 biji kuning telur


1 sudu makan jus lemon


1/4 sudu kecil garam


60gram tepung kek / superfine flour


20gram tepung jagung




bahan C


140 gram gula ------------ tokchik kisar guna blender kering


6 biji putih telur


1/4 sudu kecil krim tartar (boleh digantikan dengan 3/4 sudu kecil jus lemon)




cara-cara




menggunakan teknik double boiler cairkan/masak bahan2 A (tokchik guna kan kuali dan periuk biasa aja). bila cheese dah cair keseluruhan, mati kan api dan sejukkan.


bila dah betul2 sejuk, campurkan bahan A dan B sehingga sebati. jangan dipukul dengan "mixer" , gunakan sahaja sudip plastik (sudip yang digunakan untuk mengaul adunan kek)




dalam bekas lain, pukul putih telur bersama krim tatar sehingga gebu (foamy) selepasa itu masukkan gula, pukul lagi sehingga betul2 kembang / bertanduk (soft peak)


tokchik selalunya menggunakan periuk aja untuk memukul putih telur, kerana tindakbalas besi dengan putih telur semasa proses "memukul" telur memberikan hasil yang cantik)




gaulkan putih telur yang sudah kembang kedalam aduan yang dah digaul sebati, tuang kan kedalam loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas minyak




bakar selama 1 jam dengan suhu 160celcius menggunakan waterbath. tok chik buat dengan meletakkkan loyang yang dah berisi dengan bancuhan kek kedala loyang lain yang telah diisi dengan sedikit air












5 comments:

harizal said...

abg memang suka memasak ye..respek!

tok_chik said...

menggunakan sedikit bakat yang dianugerahkan tuhan

cuba2 lah resepi yang dah disertakan

Anonymous said...

denai berbisik..tumpang tanya..teknik double boiler tu mcm mana yer?

tok_chik said...

seperti dalam gambar tu...kalau ikutkan ada peralatan/periuk khas untuk double boiler
tetapi tc tak ada semua tu..tc isikan air dalam kulali, bahan yang nak dipanaskan tc letakkan dalam periu..so periuk tu tc letakkn atas air yg sedang mendidih..nak mudah cari le bekas bertangkai

Anonymous said...

ok tc! thank u ats tnjuk ajar.=)

Followers