Monday, December 17, 2012

tempoyak goreng

bahan2 yang diperlukan :
3 sudu tempoyak
cili padi - anggaran 15 biji
bawang besar - dihiris
segenggam ikan bilis

cara pertama :
hiriskan lada dan bawang

cara kedua:
tumbuk lada, bawang dan ikan bilis

penyediaannya :
panaskan minyak
tumis bahan yang dihiris/ditumbuk sehingga layu / garing
masukkan tempoyak, gaul rata
tambahkan sedikit air, garam dan gula secukupnya
renihkan dengan api kecil, masak sehingga tempayak berwarna keperangan

jagung pemanggang ajaib menang glassware

jagung yang dibeli dah hampir seminggu betapa dalam peti sejuk.  malam tu teringin nak makan, tetapi hnya tc seorang aja yang nak mengunyahnya,
"takkan nak merebus setongkol jangung ja?" dalam hati berkata.
terpndang ada aluminium foil didapur, tc ambil jangung, buka kulitnya, tc sapukan garam halus kemudian bungkus balik dengan kulitnya dan terakhir tc balutkan dengan aluminium foil.
menggunakan "pemangang ajaib menang glassware" tc panggang jagung tu , setelah siap dan dibuka pembalutnya dan dibuang kulitnya, jagung tu kelihatan seperti disteam dan rasanya memang sedap.

satu lagi cara adalah dengan menggunakan microwave. masukkan aja jagung tu dalam microwave (jangan dibuang kulitnya)
untuk microwave tc, masanya tc setkan selama 5 minit,

Wednesday, December 5, 2012

kek sarang semut kukus aka kek gula hangus

jika sebelum ni tc dah buat kek sarang semut aka kek gula hangus versi bakar, kali nie menngunakan resepi yang sama tc cuba kukuskan pula....prosesnya sama, bancuh, perap kemudian dikukus
tetapi pada tc..kalau nak kan "semut membuat sarang" resepinya sememangnya kena di bakar
untuk dikukus pula pada pengamatan tc ianya tak perlu diperap...dah bancuh, rehatkan sekejap dan terus kukus, hasilnya akan lebih gebu
yang tc kukus ni selepas diperap 2 jam bawahnya kenyal/padat..atasnya gebu seperti span...
tetapi rasanya maintain sedap

nasi goreng pes tomyam

tc menggunakan pes tom yam dalam botol tu
tc hiriskan :
bawang merah
bawang puteh
daging

siat2kan 3 helai daun limau purut

kemudian tc panaskan minyak...goreng bawang hingga layu, kemudian tc masukkn daging, tc goreng dalam 3 minit, tc masukkn pes tomyan, masukkan nasi, tambah garam dan gaul rata, goreng dengan api besar selama 3 minit,
kemudian tc masukkan daun limau purut, goreng lagi dalamn 2 minit sambil rasa garamnya. kalau kemasinannya dah cukup, matikan api.
ambil pinggan dan hidangkan

Thursday, November 29, 2012

kek sarang semut

 
terpandang diblog madiha, kemudian ternampak diblog  hasue
kuat godaannya, maka tc pun mencuba....memang sedap.... hasue...tokchik minta izin copy dan paste resepi kamu dan tc tepekkkan kat sini pula, memanjangkan zakat ilmu sesama kita.

KEK SARANG SEMUT / KEK GULA HANGUS
Resepi dan sumber: Kak nor@secubitgaram
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com


125gm mentega
4 bj telur A*hasue guna 5 biji telur
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum - tokchik gunakan tepung naik sendiri 1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat -hasue letak 1 sudu teh- i follow
hasue tambah esen vanila
hasue tambah 1 sudu teh browning sugar - tak ada maka tak letak

Cara2:
Cairkan mentega dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 1 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jangan dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)-hasue peram 1 jam saja..
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.(overn tc memerlukan masa yang lebih lama sekitar 1 jam

* perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2..


Nota tambahan dari kak nor:
Berdasarkan pd eksperiman yg dah berjaya CMGebu buat, kek ni perlu dibakar dgn menggunakan api bawah sahaja utk tempoh 35 min pertama, lepas tu baru la di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 min lagi ya. Test dgn lidi, utk pastikan kek telah pun cukup masak. Suhu yg digunakan 165 - 175C.

Tuesday, November 13, 2012

tempura peria

tc hiris nipis2 peria, rendam sekejap dengan air garam dan toskn kering atau lap aja dengn tisu dapur.
bancuh tepung tempura dengan air dan tc tambahkan sedikit serbuk cili. gaul rata dan tc masukn peria pastikan peria disalut sepenuhnya dan goreng dengn minyak yang betul2 panas.

untuk salutannya
50grm tepung tempura
60ml air
1/2 sudu kecil serbuk cili


Sunday, November 11, 2012

lemon steamed sponge cake

sumber resepi daripada wendyywy@table for 2
terima kasih wendy, sedap resepini tak ada bau hnayir telur pun, terasa lemonnya
tc catitkan semula resepinya disini

250gram telur ( tc gunakan 4 biji telur AA)
190gram gula (tc kisar dulu sehingga halus)
180gram tepung kek  + 3/4 sudu teh serbuk penaik
(tc gunakan tepung dengn serbuk penaik jadi tak perlu tambah serbuk penaik)
3 sudu besar minyak
3 sudu besar jus lemon
1 sudu teh parutan kulit lemon

ayak tepung dengan baking powder
putar gula dan telur sehingga kembang (seperti nak membuat kueh bauhulu)
masukkan minyak, jus lemon dan parutan kulit lemon dan juga tepung kedalam telur yang dah dipukul kembang
gunkan hand whisk, gaul sebati
tuangkan dalam bekas untuk mengukus dan biarkan 10 minit
kukus dengan api besar selama 20 -25 minit

Saturday, November 3, 2012

ayam panggang berbulu diketiak

sebelom menonton wayang ditgv jusco bukit tinggi di klang. tc singah ke ke restoran yang menyajikan hidangan ayam panggang, pesan set ayam panggan berperiswa lada hitam, dalam set tu ada salad dan juga kentang goreng
makan dulu salad, habis salad, makan kentang, habis kentang baru menjamah ayam pangggang, habis makan isinya (tc diberikan bahagian dada berserta kepak), tc terbalikkan kepaknya.....zupppppppppp...mata terus zooommmmmmm......alamakkkkkkk....ayam ni tak cukur rapi bulu ketiaknya, terus terhenti selera makan, terasa mual pun ada. Tc snap dulu gambar ayam yang berbulu ketiaknya tu.
tc panggil petugas restoran, tunjukkn kepadanya " dik....ayam ni lupa nak cukur bulu ketiaknya ya"
pinggan tc tu terus dibawa kedapur, tak lama kemudian dia keluar dengan seketul paha ayam.
tc cakap kat dia " saya dah tak ada selera nak makan dik, geli dah jadinya"
balik kerumah saya menulis email kepada pengendali restoran berkenaan, nak tengk apa jawaban mereka.

Tuesday, October 30, 2012

seri muka





pulut ni angin dan tc memang alah. makan sedikit aja lepas tu mula le......burppppppppp....burpppppp sendawa keluar angin. akan tetapi kalau dibuat tapai tak pula tc mengalami masalah "angin".

teringin nak makan seri muka, tc buat lah sedikit. kalau ikutkan cara yang mudah....beli aja sekeping cukuplah sebagai ubat kempunan tetapi yang dijual tu tak dibuat mengikut citarasa tc.

resepinya:
lapisan bawah
200gram beras pulut - basuh bersih
150ml santan cair
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula

panaskan kukusan
masukkan pulut, santan cair, garam dan gula
kukus sehingga pulut masak
sediakn loyang / sebarang bekas untuk mengukus
tc sapukan minyak pada loyang kemudiannya tc lapikkan dengan plastik kemudian baru tc masukkan pulut yang ditanak dan tekan rata pulut

lapisan atas
200 ml santan
2 biji telur
130 gram gula
3 sudu teh tepung jagung
1-1/2 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh pandan emulco
sedikit pewarna hijau
1/4 sudu teh garam

tc blenderkan kesemua bahan diatas
kemudian tc tapiskan
masak sekejap adunan tersebut sehingga agak pekat / naik wap (kena selalu dikacau supaya tak bergentel)
tuangkan keatas lapisan bawah
kukus semula selama 25-30 minit
biarkan sejuk baru dipotong

Wednesday, October 24, 2012

onde-onde aka buah melaka




teringin sangat nak makan buah melaka nie, pagi ni tc buat sedikit untuk sarapan. ada sedikit ubahsuai dalam resepi tc ni.
resepinya :
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1-1/4 sudu besar tepung ubi
1 cawan air (campur dengan garam secukupnya)
pes pandan / pandan emulco
pewarna hijau
gula melaka yang diracik/didadu

kelapa parut  bercampur garam untuk " membalut" buah melaka yang dah direbus
(tc microwave kan sekejap kelapa parut tersebut/ kukus pun boleh, ini bertujuan mengelakkkan kelapa daripa menjadi basi/masam)

panaskan air didalam periuk terlebih dahulu
campurkan kesemua bahan diatas,masukn 3/4 bahagian air dahulu, kalau tak cukup baru tambah lagi
uli sebati
ambil doh sebesar bola pingpong, leperkan dan letakkn gula melaka didalamnya, bulatkan semula doh dan terus masukkn kedalam air panas yang mendidih
apabila doh timbul, angkat dan terus gaulkan kedalam kelapa parut




Monday, October 22, 2012

cara mudah menyiang nangka

nangka ni sedap kalau dibuat rendang/masak lemak/mask kari tetapi yang menyulitkan adalah untuk mengupasnya sebab bergetah.
cara tc mengupas nangka, tc sapukan minyak masak pada tangan dan pisau yang hendak digunakan, kemudian tc bukakan paip dan mula mengupas nangka dibawah air yang mengalir, insyaallah getah nangka tu tak melekat kerana dah dihanyutkan oleh air kalau ada pun yang tersangkut sedikit sahaja.

kalau ada yang melekat dipisau, mudah aja nak membuangnya, layurkan pisau tu didapur gas, lepas tu basuh.


donat tok chik

resepinya

bahan A :
200 ml susu segar - dipanaskan suam2 kuku (cara tc, tc panaskan periuk, matikan api dan tuangkan susu kedalam periuk panas tu, maka jadi le susu suam2 kuku)
3 sudu besar gula
2 sudu tepung gandum (berfungsi sebagai pemangkin)
2 sudu teh yist

campur kesemuanya dan perapkan selama 10 - 15 minit atau sehingga yist mengembang

bahan B :
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar majerin/shortening
secubit garam
1 sudu teh pelembut donat

campurkan dan ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti
masukkan yist yang sudah mengembang dan uli sebati doh
perapkan doh selama 40 -60 minit (tc bungkuskan doh dengan plastik bag)
tumbuk buang angin
canai doh
biarkan doh naik semula sekitar 10 - 15 minit
goreng terendam
gaulkan dengn gula / celupkan dalam cokelat cair


Saturday, October 20, 2012

badak berendam pancawarna











tajuk resepi bukan main gempak lagi hakikat sebenarnya hanya kueh badak berendam biasa yang diberikan beberapa warna dohnya dan tc gabungkan sekali doh berwarna tersebut semasa membentuknya, jadi bila direbus nampak seperti guli.




uli sebati dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan
tc ambil sedikit warna putih, merah dan hijau dan leperkan lalu isikan inti kelapa dan dibulatkan
rebus sehingga timbul
selepas tu tc masukkan kedalam kuahnya yang dah dimasak terlebih dahulu...
yuummmmmmmmmmmy
resepi sila rujuk entry terdahulu

Sunday, October 14, 2012

nasi beriani




masak nasi beriani lagi. cuma pada kali ini caranya seperti cara penyediaan nasi beriani gam dan nasi arab.
pada tc cara ni amat mudah, tak perlu menumis bahan2 perencah, nasinya juga "berderai" sebab berasnya direbus terlebih dahulu.

bahan2 yang diperlukan

1 kg beras beriani - dibasuh, direndam sekitar 30 minit - 1 jam, kemudian ditoskan

1/2 tin susu cair
pewaran kuning / oren

kita juga memerlukan minyak dan rempah atau kuah daripada lauk yang hendak dimakan bersama nasi ni,  kalau tak ada pun tak apa.

didalam kuali, masukkan air dan bahan dibawah ini dan rebus seketika :
keratan batang dan akar daun ketumbarserta daunnya juga anggaran 4 batang
daun pudina - anggaran 5 btg
daun sup - anggaran 4 batang
3 helai daun pandan
2 batang kulit kayu manis
5 ulas bunga lawang
5 ulas buah pelaga
6 tangkai bunga cengkih
garam secukupnya

setelah aiar mendidih sekitar 10 minit, keluarkan semua bahan yang yang direbus tadi. masukkan beras dan rebus sehingga 3/4 masak, angkat beras dan toskan tetapi jangan sampai sejat








periuk yang hendak digunakan untuk memasak nasi nanti tc lapik dengan daun pisang supaya bahagian bawah nasi tak hangus.


tuangkan beras, lapiskan dengan kuah daripada lauk beriani, kalau suka boleh lapis kan dengn lauknya sekali. buat sehingga habis.



lapisan atas sekali kita taburkan dengan kismis, daun ketumbar, daun sup, bawang goreng
kemudian kita tuangkan susu cair dan tuangkan pewarna kuning atau oren.



tutp permukaan periuk dengan daun pisang / kain ini bertujuan untuk memastikkan wap yang ada akan terperangkap didalam periuk. masak sehingga nasi tanak.
satu cara lagi, kita "seal " tudung periuk tu dengan doh tepung, apabila doh tu masak bermakna nasi yang didalam telah pun masak















Friday, October 12, 2012

cucur badak lagi




hujung minggu ni ahli keluarga nak berkumpul kat rumah tc...anak buah ada yang minta dibuatkan cucur badak
dah buat, tc goreng separuh masak dan sejuk bekukkan.
nanti mereka akan tapu bawa balik.
terjadi secara tak sengaja, setelah keledek siap direbus, tc biarkan dan leka menonton tv, bila mata dah mengantuk baru teringat akan keledek yang dah direbus.
"erm...esok aja lah projek membuat cucur udangnya" hati berbisik

esoknya semasa membancuh keledek dngn tepung dan semasa hendak membentuknya...hati berkata
 " ehhhhh...senang betul kali ni, tak lembik melekit"
mungkin bersebab keledek tu dah betul2 sejuk.  benda yang terjadi secara tak disengajakan ada ketikanya membuahkan hasil yg menggembirakan.
 kalau nak cepat, lain kali masukkn keledek yang dah dilecek tu kedalam peti sejuk dulu, dah betul2 sejuk baru campur tepung.

tc menggunakan resepi daripada journal resepi bdaria untuk kesekian kalinya, memang terbaik. sedap dohnya.  tc timbang keledek yang dah direbus tu, kemudian tc tambah 28% tepung gandum (berat ikut berat keledek) dan 7% tepung ubi
diadun dengan keledek sehingga sebati


rendang pucuk ubi


rendang pucuk ubi
sumber :izah muffin lover/anymz kitchen



terliur nampak gabr rendang ni kat blog izzah muffinlover. cari bahan try buat...cuma rendang tc ni tak sekering yg dimasak izzah, tetapi memang sedapppppppp




 minta izin ya anymz/izzah...tc tepekkn resepi kan sini

bahan2
1 ikat pucuk ubi-ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan - tc rendam dalam air berisi garam, ramas lebih kurang dan toskn
1/2 kg santan segar
5 ulas bawang kecil dihiris - tc guna bawang besar 2 biji dan blend sekali dengan kunyit dan cili
2 batang serai ditik
ikan bilis Rm2
1 senduk cili api yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup - cili padi tc letak anggaran 12 biji



cara2

sediakan kuali
masukan santan,serai,garam,serai,ikan bilis,bawang dan cili api yang telah di kisar
kacau sentiasa supaya tidak melekat dgn api yang sederhana
bila dah agak kering macam kat atas ni baru masukan pucuk ubi tu..jaga api jgn besar.
kacau sehingga pucuk ubi tu kering dan garing..
dah siap dan sedia untuk di hidangkan.






Saturday, October 6, 2012

lauk beriani daging

lauk beriani daging mak minah











1 kg daging - dipotong kiub anggaran 2-1/2" saiznya

300gram bawang - dibuat bawang goreng

kita juga perlukan :
rempah penumis
1 biji bawang besar - dimayang

50gram rempah kurma
2 sudu makan tomato puri /tomato sos  (nak gunakan sup tomato kinball pun ok-1/2 tin)
2 bekas kecil yougrt perisa asli
hirisan kasar daun ketumbar, daun sup, daun bawang dan daun pudin (daun pudina tak perlu dihiris)
3 biji tomato dibelah 4
serbuk pati daging**** ( pilihan)

bahan kisar:
2 biji bawang besar
6 -7 nulas bawang puteh
2" halia

lain-lain:
2 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak

panaskan minyak sapi dan minyak masak
tumiskan bawang hiris dan juga rempah penumis sehingga bawang kelayuan
masukkan bahan kisar, tumis sehingga layu
masukkn rempah beriani yang dah dibancuh dengn sedikit air, tumis/masak sehingga pecah minyak
tambahkan tomato puri/tomato sos/sup tomato (mana satu yg dipilih)
masukkan daging, yougrt, air secukupnya serta bawang goreng yang diramas, didihkn dengan api kecil
apabila kuah sudah agak pekat, masukkan daun ketumbar, daun sup, daun bawang dan daun pudina serta tomota yang dibelah empat
gaul rata, tambah garam dan gula secukupnya
masak sehingga daging empok dan kuah agak pekat




Friday, October 5, 2012

kueh dadar dwi warna

 resepinya menggunakan resepi kueh dadar sedia ada, cuma tc ambil sedikit dan diwarnakan
panaskan kuali, tuangkan sikit adunan berwarna
apabila adunan berwarna mula mengeras, tuangkan adunan kosong, biarkan masak
letakkn inti kelapa dan digulung

Thursday, October 4, 2012

pau sambal cik mat gebu





resepi daripada dapur cik mat gebu, doh ni kalau dibuat donat pun rasanya sedap sebab teksturnya lembut

bahan2nya
200gram tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu majerin

dibancuh dan dibiarkan naik sehingga berbuih:
130ml susu suam**
2 sudu teh yist segera**
2-1/2 sudu besar gula**
sedikit tepung gandum sebagai pemangkin

caranya:
tc campurkan tepung, garam dan majerin dan ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti
masukkan yist yang telah mengembang dan uli sebati adunan
perapkan selama sejam
kemudian bahagikan doh kepada saiz yang disukai - tc bahagikan kepada 8 biji dengan berat setiap biji sekitar 50gram
biarkan doh naik semula sekitar 15 minit baru digoreng.
gunakan api sederhana semasa menggoreng
biarkan sejuk baru dibelah dua tetapi jangan sampai putus.
letakkan sambal tumis dan hirisan timun




Sunday, September 30, 2012

daging goreng kunyit

250gram daging - hiris nipis
10 tangkai cili padi - belah dua
1 biji bawang kuning - dipotong bulat
6 tangkai kacang panjang  - dipotong anggaran 1-1/2"

gaulkan daging dengan garam serta serbuk kunyit
panaskan minyak masak anggaran 1 cawan
masukkan daging - goreng dengan api besar selama 3 minit
masukkan bawang, cili, gaul sekata selama 2 minit
kemudian masukkan kacang panjang
gaul rata dan goreng seketika - anggaran 1 minit, jadi ketika dimakan kacangnya masih rangup
sendukkan masakkan kedalam penapis dan toskkan minyaknnya



karipap putar aka karipap pusing

merajinkan diri untuk menghilangkan kebosanan, terlanjur bahan2 semua ada, maka operasi "memutar" karipap pun bermula



bahan2 untuk doh karipap pusing/putar (menghasilkan 40 biji)

untuk doh minyak:
45 gram majerin
45 gram shortening
200 gram tepung gandum

campurkan kesemua bahan diatas dan uli sehingga sebati dan kemudian bahagikan kepada 20 biji dengan setiap biji seberat 14 gram

untuk doh biasa :
470 gram tepung gandum
260 ml air  + garam secukupnya

campurkan tepung dan air dan uli sehingga sebati, jikalau adunan agak terlembik, tambahkan sedikit tepung

bahagikan adunan tepung kepada 20 bahagian dimana setiap bahagian seberap 39 gram

cara membuatnya:
ambil doh biasa, leperkan  (sekadar cukup untuk membalut doh minyak), letakkan doh minyak diatasnya dan balut semula doh
canaikan doh tersebut tetapi jangan ditekan terlalu kuat
gulung doh tersebut seperti menggulung tikar, canai semula doh tersebut, gulung kembali (canai- gulung- canai - gulung)
potong sama tengah doh tersebut.
bahagian dalam (bahagian yang dipotong tadi) letakkan menghadap bawah, canati leper, letakkan inti, klim bahagian tepinya


tc gorengkan separuh masih sebelum dibekukan, pengalamanm sebelum ini, jika terus dibekukan apabila nak mengoreng karipapnya menjadi tak berapa elok daripada segi rupanya dan juga rasa.
jikalau dinyahbekukkan tepungnya menjadi lembik benyek, juga kalau daripada peti sejuk terus digoreng tc suka sebab luar masak dalam masih mentah
setiap orang ada cara tersendiri,



Sunday, September 23, 2012

pais ikan

bahan2nya:
ikan kembung - dibersihkan

2 helai daun kunyit - dimayang
kelapa parut anggaran 1-1/2 cawan
daun pisang secukupnya

kisarkan (gunakan air paling minima) :
10 tngkai lada kering
2 batang serai
7 ulas bawang puteh
1/2" kunyit segar
sedikit air asam jawa
garam secukupnya
sedikit gula

setelah bahan kisar hancur, masukkan kelapa parut dan kisar.
rasa kemasinannya
tambahkan hirisan daun kunyit dan gaul rata

ambil ikan dan balutakn dengan pes yang dah dibuat
kemudian dibungkus dengan daun pisang
letakkan sedikit minyak pada bahagian luar daun pisang dan panggang sehingga ikan masak.






futsal punya penangan

anak buah tc mengalami kecederaan semasa bermain futsal.  patah jari kelingkingnya.  selamat dibedah dan selamatlah bercuti selama 2 bulan.
Dah nasib nak terkena, nak buat macam mana, sesuatu yang tak diduga....dan itulah takdir namanya. berehat panjang le payang dari arena futsal selepas ni.


Thursday, September 20, 2012

ikan panggang

ikan panggang





bahan2nya
1 ekor ikan - dibersihkan
daun pisang






bancuh sebati :
1 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu serbuk cili
1 sudu teh garam
1-1/2 sudu air


lumurkan ikan dengan bahan yang dah dibancuh tadi,
balut dengan daun pisang
lengserkan sedikit minyak masak pada daun pisang - bertujuan supaya daun pisang tak hangus
panggang sehingga masak









pencicahnya:
cili padi dihiris
bawang besar - dihiris
tomato didadu
3 - 4 biji limau kasturi
kicap manis secukupnya

satukan kesemua bahan diatas

atau

campurkan 3 sudu sos tomato dan 2 sudu kicap manis


pertunangan md khairil dan siti aishah

tanggal 16-9-2012 menjadi satu catatan sejarah buat anakanda moh khairil dan siti aisah, dimana pada tarikh berkenaan mereka ditunangankan.













muga hajat untuk disatukan sebagai suami isteri akan terlaksana.

Followers